Aktivis sosial, Farah Lee kini menyangkal  semua tuduhan yang dilemparkan oleh seorang individu yang mendakwa Allahyarham bapanya memiliki hutang sebanyak RM130,000 dengan satu pihak lain.

Bagaimanapun, Farah tetap mengakui adanya tuntutan hutang tersebut sejak 2017 namun mempertikaikan jumlah yang dituntut kerana ia sangat tinggi dan sehingga kini, tiada bukti kukuh telah dikemukan kepada mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sehingga kini, tiada bukti bertulis atau tidak bertulis, dan tiada saksi yang berjaya dikemukan kepada kami.

”Semua kenyataan yang dibuat, ditokok tambah dan ditujukan adalah tidak benar dan kami menafikan sekeras-kerasnya,”kata Farah Lee dalam kenyataannya.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau dan pasukan peguamnya telah bersedia untuk mengambil tindakan terhadap semua individu atau pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.

Ini termasuk saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi terhadap kerosakan imej dan reputasi mereka serta gangguan yang diterima terutamanya kepada Farah Lee sebagai figura awam.

Beliau juga menuntut semua pengguna akaun Twitter, Facebook dan Instagram serta semua platform media lain untuk memadam segala kenyataan yang bersifat fitnah dan tidak benar dalam tempoh 24 jam dari kenyataan tersebut dibuat.

Dalam pada itu, Farah Lee turut menuntu semua pihak berkaitan untuk membuat permohonan maaf kepada beliau secara terus dan terbuka. Beliau menegaskan bahawa peguamnya akan memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah jika kegagalan untuk mematuhi tuntutan ini berlaku.

Tinjauan kami mendapati pasangan adik beradik yang didakwa telah menfitnah Farah Lee dan Allahyarham bapanya telah tampil mengemukakan permohonan maaf di media sosial masing-masing.

Netizen juga berharap agar pemiutang dapat duduk semeja dengan Farah Lee supaya tuntutan hutang yang didakwa bernilai RM130,000 itu dapat diselesaikan dalam suasana yang harmoni.

Sumber