Aktivis sosial, Farah Lee telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Fuad Hashim selepas 7 tahun bergelar ibu tunggal pada 5 Januari lalu.

Terbaharu, Farah dan Fuad telah mengadakan majlis resepsi sederhana yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Menerusi video yang dikongsikan, bekas suaminya iaitu Ally Iskandar turut hadir ke majlis terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@farahlee.fl

The Reception Farah and Fuad #farahlee #fuadhashim #ommaream

♬ original sound – Farah Lee – Farah Lee

Dapat dilihat Ally dan Farah masih memiliki hubungan yang baik walaupun bukan lagi suami isteri. Menerusi satu temu bual bersama Mingguan Wanita, Ally menzahirkan rasa syukur kerana Farah ditemukan jodoh yang baik.

“Semoga anak kami Maream dapat rasa institusi keluarga yang lengkap di rumah.

“Saya tengok wajah Fuad sejuk hati, saya rasa dia boleh jadi ayah yang baik.” ujar Ally.

Tambahnya, dia dan Farah sentiasa bertoleransi dalam hal yang melibatkan anak mereka meskipun kadang kala berbeza pendapat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Ally dan Farah kerana tidak menjadikan anak mereka sebagai mangsa perpisahan mereka serta memberikan yang terbaik untuk anak mereka.

Sekadar makluman, Ally dan Farah sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 tetapi bercerai pada 17 Ogos 2016 dan dikurniakan seorang anak. Ally menamatkan zaman dudanya dengan berkahwin kali kedua bersama Marina Ibrahim pada 22 Jun 2019.