Syarikat pengeluar produk tenusu tempatan terkemuka, Farm Fresh telah mencuri perhatian ramai apabila mengeluarkan produk terbaharunya iaitu mentega.
Menerusi hantaran Instagram @bahan.mbythemks, produk mentega itu hadir dengan dua pilihan standard iaitu bergaram (Salted) dan tanpa garam (Unsalted).
Baca Juga:
- ‘Mana Nak Cari?’ – Aiskrim Baharu Farm Fresh Jadi Buruan Ramai
- Bermula Dengan Peti Ais Rosak Sebagai Tempat Peram, ‘Boss Susu’ Kongsi Kisah Mengapa Mereka Jual Yogurt Farm Fresh
- Farm Fresh Meterai Perjanjian Beli 53 Peratus Saham Inside Scoop
Difahamkan mentega itu mengandungi 80% lemak susu.
Setiap satu buku mentega mempunyai berat 200 gram dan sudah mempunyai Halal Jakim.
Menurut Instagram @bahan.mbythemks, sebuku mentega itu dijual pada harga RM10.90.
Netizen gembira & mahu support Farm Fresh

Sumber Gambar: X.com @IniAlalalannnNetizen yang terdiri daripada peminat syarikat tenusu tempatan tersebut, pembuat biskut & pastri teruja mahu mencuba produk terbaharu itu.
Daripada beberapa maklum balas individu-individu yang sudah mencuba mentega Farm Fresh, ramai menyatakan rasanya setanding dengan mentega terkemuka yang sudah ada lama di pasaran.
Pada masa sama ramai memuji syarikat tenusu tempatan itu menjual mentega pada harga yang berpatutan.

Terdahulu, Farm Fresh Berhad dilaporkan sekali lagi dinobatkan sebagai jenama tenusu nombor satu di Malaysia. Syarikat itu memenangi Anugerah Platinum tahun keempat berturut-turut dalam kategori Minuman-Tenusu di Malam Gala Putra Brand Awards 2024 yang berprestij sejak kemenangan pertama mereka pada tahun 2021.
Dengan penjualan mentega ini, ramai netizen menjangkakan Farm Fresh akan melengkapkan ekosistem produk-produk tenusu mereka.
“Baru hari itu perasaan yang Farm Fresh sedang buat perubahan besar. Beli Inside Scoop, kemudiakan keluarkan ais krim sendiri.
“Masa makan ais krim itu pikir, ini tak lengkap lagi ekosistem ni. Langkah selepas ini mesti beli syarikat keju. Tapi mentega mereka keluarkan dulu,” kata X.com iqmal_ogy.

Dalam pada itu, menjengah laman web rasmi Farm Fresh, terdapat beberapa lagi produk lain yang jarang diperasan orang ramai seperti Ibu Santan dan Whipping Cream.
Secara keseluruhannya, Farm Fresh terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2025, didorong oleh inovasi produk, pengembangan pasaran, dan komitmen terhadap kualiti serta kelestarian. Dengan pelaburan dalam teknologi pertanian moden dan strategi pemasaran yang berkesan, syarikat ini kekal sebagai peneraju dalam industri tenusu tempatan serta semakin mengukuhkan kehadirannya di peringkat antarabangsa.