Ais krim Farm Fresh telah mencuri perhatian penggemar pencuci mulut di Malaysia dengan pendekatan segar dan berkualiti tinggi.
Sejak mula berada di pasaran pada Ogos tahun lalu, ramai menyatakan rasa ais krim tersebut mirip kepada satu jenama ais krim terkenal, namun harga jauh lebih murah.
Baca Juga:
- ‘Akhirnya Buatan Malaysia’ – Ramai Teruja Farm Fresh Jual Mentega
- ‘Mana Nak Cari?’ – Aiskrim Baharu Farm Fresh Jadi Buruan Ramai
- Bermula Dengan Peti Ais Rosak Sebagai Tempat Peram, ‘Boss Susu’ Kongsi Kisah Mengapa Mereka Jual Yogurt Farm Fresh
Oleh kerana ramai berkata sedemikian jenama ais krim terkenal itu memulakan pemasaran untuk menarik orang ramai memilih yang original.
Namun Farm Fresh tidak mahu mengalah, dan membuat ‘pemasaran balas’ secara profesional.
Menerusi hantaran Facebook Azmi Zainal, beliau menerima satu gambar daripada rakannya yang menunjukkan marketing daripada jenama ais krim terkenal itu.

“Semalam ada kawan hantar gambar sebelah kiri itu — “Bro, Magnum kirim salam dekat bro” — Saya tengok gambar itu, saya gelak besar. Maka saya balaslah balik pantun daripada Magnum itu dengan gambar sebelah kanan.
“Dalam dunia korporat ini persaingan itu perkara biasa. Kita dengan pesaing ini selalu gurau-gurau manja macam inilah. Cara dia perli itu halus. Kita jawab pun halus juga,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Kumpulan Farm Fresh itu.
Bangga Farm Fresh saingi jenama global

Dalam pada itu, beliau berbangga ada syarikat tempatan yang dapat menyaingi jenama global.
Pada masa sama Azmi berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada jenama tempatan.
Terdahulu aiskrim keluaran Farm Fresh menjadi rebutan ramai apabila ia ditawarkan serendah RM2.90, namun hadir dengan ais krim vanila atau coklat yang disalut dengan lapisan coklat serta topping kacang tanah.