Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) secara rasmi mengumumkan permulaan fasa peralihan monsun yang akan berlaku di negara ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan berterusan sehingga Mei 2026.

Baca Juga:

Ia merupakan tempoh peralihan antara Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Tiupan angin yang lemah berlaku dari pelbagai arah.

Menurut MET Malaysia, sewaktu peralihan monsun ini, corak cuaca menunjukkan langit cerah pada waktu pagi.

Kemudian ribut petir dan hujan lebat, berserta angin kencang yang lebih menyeluruh dalam jangka masa singkat pada petang hingga awal malam.

Ia berpotensi menjana puting beliung dan menghasilkan hujan batu.

Perubahan ini berlaku di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan selatan & tengah Sarawak.

Antara kesan peralihan monsun ini adalah banjir kilat, tanah runtuh, kepala air, pokok tumbang, panahan kilat luar biasa dan kerosakan pada struktur tidak kukuh.

MET Malaysia menasihatkan orang ramai supaya berlindung di dalam rumah atau bangunan semasa ribut petir berlaku.

Pada masa orang ramai diminta elak berada di kawasan lapang, tempat takungan air, struktur tinggi seperti pokok dan menara tinggi, serta rod pengalir elektrik seperti tiang elektrik dan tangga besi untuk mengelakkan berlaku insiden tidak diingini.