Dalam satu notis amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) kira-kira 4 pagi tadi, 11 kawasan dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Kawasan-kawasan tersebut adalah Pahang (Bera), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.
Baca Juga:
- Hujan Batu Di Puchong: Fenomena Aneh Selepas Letupan Saluran Gas Di Putra Heights

- Netizen Tegur Mat Saleh Gelak, Tepuk Tangan Selepas Lelaki Nyaris Termasuk Longkang Semasa Hujan Lebat

- Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Turun Hujan Dimakbulkan

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MET Malaysia.