Fathia Latiff membuat pengakuan yang agak mengejutkan ramai pihak. Ini apabila pelakon tersebut mendakwa dia sebenarnya kerabat diraja Jepun.

Fathia Latiff telah berkongsi beberapa gambar dan video percutiannya di Jepun. Yang telah menarik perhatian ramai.

Baca Juga:

Kemudian dia mendedahkan bahawa dia ada darah keturunan diraja Jepun. Fathia Latiff sudah lama tahu bahawa dia memang ada darah Jepun mengalir dalam dirinya, cuma tidak tahu sebenarnya dia daripada keturunan diraja.

Menurut laporan Mstar Online, Fathia Latiff agak terkejut dan teruja apabila mendapat tahu tentang perkara itu.

Dan kini dia sudah tahu akan perkara itu dan berkata: “Saya tahu saya ada darah Jepun, cuma tak tahu pula keturunan diraja Jepun,”

Kenyataan Fathia Latiff yang mendakwa dia ada darah diraja Jepun itu membuatkan netizen berbelah bagi untuk menerimanya. Kerana menurut mereka, dari segi wajah, Fathia mungkin lebih sesuai untuk mendakwa dirinya kacukan Arab.

Namun ada juga yang mengucapkan tahniah kepada Fathia dan mencadangkan dia pergi berjumpa dengan kerabat diraja Jepun, alang alang sudah berada di sana.

Fathia Latiff teurut berkongsi gambar mesra dia dengan teman lelakinya yang merupakan lelaki Jepun. Fathia sebelum ini mendakwa teman lelakinya jauh lebih kacak daripada Aiman.

Fathia Latiff terlibat dalam beberapa kontroversi sejak akhir akhir ini. Antaranya dia mengecam terbuka Zahirah MacWilson dan suami pelakon itu – Aiman Hakim Ridza – yang juga bekas teman lekaki Fathia Latiff.

Menurutnya, wajah Zahirah MacWilson tidak cantik dan seperti bibik. Fathia turut menganggap dia jauh lebih cantik daripada Zahirah.

Kemudian dia turut mengecam Aiman Hakim sebagai lelaki yang tak berduit.

Seterusnya, Fathia terlibat dalam perang mulut dengan seorang lagi bekas rakan baiknya, Zarina Anjoulie.