Baru-baru ini, tular kontroversi melibatkan Fathia Latiff yang menyerang Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Redza dan Zarina Anjoulie.

Susulan itu, pengarah terkemuka Dr Ahmad Idham dalam satu laporan tampil memberikan nasihat kepada selebriti Malaysia untuk tidak menggunakan media sosial sebagai landasan untuk berkelahi sesama sendiri.

Baca Juga:

Menurutnya, sebagai selebriti sepatutnya mereka tidak bertindak melulu dengan melampiaskan kemarahan atau rasa tidak puas hati secara terbuka di media sosial.

“Ingat orang luar akan sokong ke? Mereka akan ketawakan saja.” ujar Idham.

Tambahnya, dia juga berpendapat bahawa populariti dan kejayaan seorang selebriti itu bukan pengukur kepandaian mereka.