Pelakon lelaki popular, Fattah Amin kelihatan sugul ketika hadir ke Mahkamah Syariah Petaling di Subang Bestari pagi tadi.
Menurutnya, dia bukannya robot, dia manusia yang ada perasaan. Fattah Amin jelas masih sayangkan Fazura dan tidak mahu melafazkan cerai ke atas isterinya yang tercinta, Nur Fazura.
Dia menjelaskan: “Saya memohon orang ramai terus mendoakan yang terbaik. Tidak terjadi perkara itu (melafazkan talak) hari ini.”
Fattah Amin kemudian enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara itu dan berharap orang ramai memahami situasinya. Dipetik dari sumber Harian Metro, Fattah Amin berkata lagi:
“Tolong faham diri saya. Itu sahaja, terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik.”
Dalam perkembangan lebih awal, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti itu ke tarikh baharu, iaitu pada 7 Oktober ini.
Sementara itu Fazura enggan menjawab soalan yang bertanya sama ada dia masih sayangkan Fattah Amin. Dia cuma berkata: “Sebagai seorang isteri dan ibu, sudah tentu saya mengharapkan yang terbaik tapi saya serahkan kepada Allah kerana itu yang terbaik untuk saya.”
Menerusi IG miliknya, Fazura menyatakan dia nekad mahu bercerai dengan Fattah Amin: “Pertama sekali, Faz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan, doa yang baik, kata-kata semangat serta bunga dan tanda hati kepada Faz sejak lebih seminggu yang lalu.
“Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada semua. Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz.
“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga.”