Fazura keluarkan lagu raya bersama dengan bekas vokalis Dolla, Syasya Rizal.
Fazura sebelum ini pernah mengeluarkan beberapa single, kini mengubat rindu peminatnya dengan lagu raya.
Syasya dan Fazura keluarkan lagu raya berjudul Pum Pang Raya. Lagu itu diterbitkan sendiri oleh Fazura.
Fazura akan menjadi penyanyi utama dan Syasya adalah penampilan khas. Dan peminat mereka sudah boleh mulai strim lagu tersebut di platform digital.
‘Fazura keluarkan lagu raya yang sangat catchy’
Fazura mengumumkan tentang projek tersebut dengan menulis: “Kejutan! Strim ‘Raya Pum Pang’ sekarang di semua platform pensriman digital sayang.
Fazura akui projek ini benar benar bermakna dan menyeronokkan bersama dengan Syasya dan dia berharap semua orang akan menikmati lagu raya mereka.
Peminat ternyata teruja dengan kejutan diberikan Fazura. Mereka terkejut Fazura keluarkan lagu raya, kerana ianya benar benar secara tiba tiba.
Ada yang mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Fazura.
Ramai yang memuji lagu Raya Pum Pang ini sebagai lagu mudah dan seronok didengar dengan lirik yang sangat catchy.
“Semua generasi boleh ‘tangkap’ ikut lagu ini. Naikkan semangat musim raya! Syabas Faz dan Syasya.”
Selain itu ada juga kagum Fazura tidak perlukan marketing yang melampau. Tiba tiba dah Fazura keluarkan lagu raya.
Netizen yang lain menulis: “Dia tak perlu mencari perhatian namun kejayaan.”
Kemudian peminat yang lain menganggap lagu tersebut sebagai another level.
Kemunculan semula Syasya
Peminat Syasya juga gembira akhirnya penyanyi itu rasminya membuat kemunculan semula dalam industri muzik setelah dia keluar daripada Dolla pada tahun lalu.
Mereka akui gandingan Syasya dan Fazura memang secocok kerana kedua duanya sama sama cantik dan berbakat.