Penyerang kelahiran Belanda, Ferdy Druijf membuat pengakuan mengenai statusnya yang selama ini dikaitkan dengan Malaysia.

Dalam satu wawancara bersama ESPN Netherlands baru-baru ini, Ferdy menegaskan salah satu akaun Instagram sengaja membuat cerita bahawa dia memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya.

Baca Juga:

“Ya, ini agak gila sebenarnya, saya kena jujur. Satu akaun di Instagram tiba-tiba muncul dengan (khabar angin memilikid arah Malaysia) itu.

“Kemudian, saya tak buat apa-apa mengenainya tetapi semua orang telah menyebarkan hal itu.

“Saya benar-benar mendapat pertambahan pengikut di Instagram dan saya tahu semuanya. Ia satu sebab yang gila.

Ferdy Druijf
Bild zeigt: Ferdy Druijf, SK Rapid Wien – Austria Klagenfurt, 06.03.22, Allianz Stadion, Wien, Austria © Red Ring Shots

“Dan dia (akaun Instagram itu) berkata,nenek saya ada pertalian darah dengan Malaysia tetapi apa yang benar, mungkin mereka lebih mengetahuinya daripada saya.

“Ibu bapa saya pun tidak tahu banyak mengenainya. Jadi, ya, mungkin itu akan terbongkar jika saya melakukan ujian DNA atau sesuatu.

“Saya benar-benar ada ujian DNA di atas meja sekarang, jadi saya fikir, kenapa tidak? Saya akan mencubanya.

Ferdy Druijf
Sumber Gambar: Transfermarkt

“Saya akan lihat apa (keputusan) yang akan keluar, mungkin orang lain lebih tahu daripada saya,” katanya.

Sebelum ini, Ferdy Druijf dilaporkan semakin hampir untuk menjadi pemain warisan sekaligus beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Wartawa Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal berkongsi maklumat yang mana dokumentasi Ferdy sudah selesai dan beliau bakal beraksi bersama pasukan negara tidak lama lagi.

Baru-baru ini, pemain berusia 27 tahun itu bergelar ejen bebas selepas kontrak bersama kelab Austria, Rapid Wien tidak disambung meskipun berbaki enam bulan untuk tamat.

Keputusan ini diambil selepas kecederaan yang membelenggu Ferdy menyukarkan beliau untuk beraksi secara konsisten dalam semua kejohanan.