Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) dan Presiden Perancis berharap Real Madrid sudi melepaskan Kylian Mbappe untuk beraksi di Sukan Olimpik yang akan dilangsungkan di Paris.

Kenyataan yang sama disuarakan oleh presiden Macron yang yakin bahawa Real Madrid akan melepaskan salah seorang pemain terbaik dunia itu beraksi di Sukan Olimpik Paris.

Baca Juga:

Real Madrid ada satu polisi di mana mereka tidak mahu melepaskan pemain utama pasukan mereka untuk bermain di pertandingan yang dianggap tidak kompetitif dan di luar kalendar FIFA.

Ini ditambah dengan isu kecederaan yang melanda kem Madrid dalam beberapa musim ini. Mereka pasti akan lebih berhati hati untuk berbuat begitu.

Kali ini FFF dan kerajaan Perancis benar benar berharap Florentino Perez dan exconya akan memberikan pelepasan khas kepada Mbappe.

Lebih lebih lagi Real Madrid ada perancangan dan jadual pra musim yang penting untuk pemain bintang baharu seperti Kylian Mbappe agar bersedia dan segar bugar pada musim baharu.

FFF Dan Presiden Perancis Rayu Real Madrid Lepaskan Mbappe Untuk Sertai Olimpik

Kylian Mbappe dijangka akan menyertai Real Madrid selepas tamat musim ini. Mbappe semalam memuat naik video perpisahan dengan mengesahkan bahawa dia rasminya akan meninggalkan PSG selepas tamat musim ini.

Mbappe tidak mahu mengaktifkan klausa lanjutan khas setahun pada kontraknya.

Real Madrid sudah sedia mengumumkan pemain itu secara rasmi. Namun buat masa ini, mereka tidak akan berbuat begitu sebelum final UCL.

Fokus utama Real Madrid adalah final UCL menentang Borussia Dortmund.

Mbappe sendiri sudah menyatakan sebelum ini bahawa dia sedia berkhidmat untuk skuad olimpik Perancis. Namun dia menjelaskan bahawa dia tidak berkuasa penuh ke atas keputusan tersebut.

Presiden FFF, Phillipe Diallo beberapa bulan lalu menyatakan: “Memiliki pemain terbaik dunia beraksi untuk Perancis pada Sukan Olimpik di hadapan penyokong sendiri adalah perkara yang akan memberikan kekuatan tambahan kepada kami.

“Kylian Mbappe menyatakan minatnya untuk menyertai Olimpik. Saya kesal dengan polisi Real Madrid yang menutup pintu ramai pemain yang berimpian beraksi di Olimpik.

“Kami di FFF akan melakukan yang terbaik untuk membantu pasukan. Jika perlu untuk kami berjumpa dengan Florentino Perez di Madrid, kami akan lakukannya.”

Adakah Real Madrid akan melepaskan Mbappe untuk bermain di Sukan Olimpik?