FIFA akhirnya memberikan respon berkaitan dengan kontroversi pengadil baru baru ini.
Impian pengadil terbaik Afrika dari Somalia, Omar Abdulkadir Artan, untuk mengadili perlawanan di pentas tertinggi dunia, Piala Dunia 2026, musnah di saat-akhir selepas beliau dilaporkan disekat daripada memasuki Amerika Syarikat (AS).
Walaubagaimanapun, badan induk bola sepak dunia, FIFA, mengambil pendekatan luar biasa apabila mengesahkan bahawa mereka akan tetap membayar yuran kejohanan secara penuh kepada Artan, biarpun beliau tidak dapat turun ke padang.
Sebelum ini beberapa pemerhati bola sepak berpendapat bahawa Omar Artan harus dibayar gaji penuh atau pampasan yang setimpal kerana dinafikan daripada bertugas di Amerika Syarikat.
Menurut The Times, setiap pengadil meraih sekurang kurangnya USD100,000 atau kira kira RM472,000 daripada tugasan di Piala Dunia 2026.
Visa Sah, Tetapi Disekat Atas Faktor Lain
Pengusiran Omar Artan dari AS dan tindakan FIFA ke atas perkara itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak global.
FIFA kemudian mempertahankan dirinya dengan menyatakan badan bola sepak dunia itu tidak ada kuasa untuk campur tangan dalam isu berkaitan imigresen dan kastam sesebuah negara.
Kementerian Belia dan Sukan Somalia pula mengesahkan Omar Artan sebenarnya telah melakukan perjalanan dengan memiliki visa AS yang sah.
“Beliau merupakan salah seorang pegawai perlawanan paling dihormati di benua Afrika ketika ini. Sekatan ini adalah satu tamparan hebat buat karier beliau,” jelas kenyataan rasmi badan berkenaan.
Kenyataan wakil Rumah Putih pula menyatakan bahawa, Omar Artan disyaki ada kaitan dengan organisasi pengganas di Somalia.
FIFA Tampil Beri Pembelaan Adil
Menyedari situasi tersebut berlaku di luar kawalan sang pengadil, FIFA dilaporkan tidak mahu Artan pulang dengan tangan kosong.
Sebagai tanda pengiktirafan terhadap merit dan kelayakan yang telah dicapainya sepanjang proses pemilihan, FIFA bersetuju membayar penuh struktur gaji dan elaun kejohanan yang sepatutnya diterima beliau sepanjang Piala Dunia 2026 berlangsung.
Somali referee Omar Artan, who was denied entry to the United States to officiate at the World Cup, will receive his full tournament fee.
Sources told BBC Sport that even though Artan will take no part in the World Cup, Fifa has committed to paying his salary.
Referees do not… pic.twitter.com/LCxrTHxuBF
— Match of the Day (@BBCMOTD) June 14, 2026
Langkah ini menerima pujian daripada pelbagai pihak yang menganggap FIFA berjaya memisahkan isu birokrasi politik negara tuan rumah daripada hak kebajikan pegawai perlawanan.
Omar Artan baru baru ini menyatakan bahawa beliau tidak begitu memikirkan soal Piala Dunia 2026. Kerana fokusnya adalah mahu menjadi pengadil Somalia pertama bertugas di Piala Dunia pada edisi berikutnya, pada 2030.