Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah menghukum 9 kelab dari saingan Liga Malaysia dari menandatangani pemain baharu.
Terbaru, Terengganu FC dan Kelantan Darul Naim FC menjadi kelab terkini yang dihukum ekoran tunggakan gaji yang belum diselesaikan.
Baca Juga:
- Ivan Mamut Dakwa Terengganu FC Tidak Bayar Gaji Sembilan Bulan
- Evra Dakwa FIFA ‘Beri’ Piala Dunia 2022 Kepada Messi
- FIFA Haramkan 3 Negara Sertai Piala Dunia 2026
FIFA Hukum Kelab Liga Malaysia
Terengganu berdepan dengan hukuman selama tiga tahun yang bermula pada April, sekaligus boleh menjejaskan persiapan mereka untuk menghadapi saingan musim 2025-26.

Baru-baru ini, bekas penyerang TFC iaitu Ivan Mamut mendedahkan bekas majikan beliau tidak membayar gaji pemain itu selama sembilan bulan.
Akan tetapi, menurut laporan NST, Mamut mengesahkan dia tidak membuat aduan kepada FIFA walaupun tidak menerima gaji untuk satu tempoh yang lama.
Tujuh lagi kelab Malaysia yang dihukum ialah Kelantan FC, Kelantan FA, PT Athletic FC, Sarawak United, Perlis, Melaka United FC dan Melaka United.

Perlis kekal sebagai salah satu pasukan yang paling lama digantung, dimana mereka dihukum sejak September 2020 dan sekali lagi pada Jun 2021, dengan sekatan masih dikenakan.
Selain kelab dari Malaysia, beberapa kelab dari Indonesia, China dan, Iran Arab Saudi turut berdepan hukuman sama.