Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menggantung penyertaan Iran dalam Piala Dunia 2026 susulan ketegangan politik dan ketenteraan yang semakin memuncak antara negara itu dengan Isr**l dan Amerika Syarikat.

Iran yang sudah melayakkan diri ke Piala Dunia 2026, kini berisiko untuk kehilangan slot itu. Jika sebelum ini FIFA menggantung Rusia dengan alasan, negara itu menyerang Ukraine.

FIFA bincangkan tentang penyertaan Iran

Kali ini, Iran yang menjadi mangsa serangan, dianggap boleh mencetuskan ketegangan dari segi keselamatan di negara penganjur.

Piala Dunia edisi 2026 bakal dianjurkan secara bersama oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, dengan sebahagian besar perlawanan – sebanyak 78 daripada 104 – akan berlangsung di Amerika Syarikat.

trump fifa

Situasi ini menimbulkan persoalan besar berhubung keselamatan dan kehadiran pasukan serta penyokong Iran ke negara itu.

Ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pegawai FIFA. Beberapa penganalisis sukan antarabangsa menyatakan bahawa FIFA mungkin terpaksa mengambil pendekatan sama seperti ketika menggantung Rusia daripada Piala Dunia 2022 akibat pencerobohan ke atas Ukraine.

Piala Dunia Kelab
REUTERS/Cesar Olmedo

“FIFA kini berada dalam situasi sukar. Mereka tidak boleh mengabaikan isu keselamatan dan juga tekanan geopolitik yang sedang berlaku,” kata seorang penganalisis sukan kepada Sports Bible.

Selain itu, larangan kemasukan rakyat Iran ke Amerika Syarikat yang dikenakan sejak era pentadbiran Donald Trump dilaporkan masih belum dilonggarkan.

Ini menyebabkan penyokong Iran berdepan halangan besar untuk hadir menyokong pasukan negara mereka di kejohanan berprestij itu.

Semalam Tehran menyatakan bahawa mereka mahu menarik diri daripada sebarang rundingan diplomasi dengan Amerika Syarikat apabila Washington memutuskan membantu Tel Aviv menyerang Tehran.

Iran Label Trump Pengkhianat Kerana Bantu Tel Aviv

Meskipun setakat ini tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh FIFA mengenai tindakan ke atas Iran, spekulasi terus meningkat selepas beberapa insiden diplomatik dan ketenteraan terbaru yang menjejaskan imej dan kestabilan rantau Asia Barat.

Sejarah lalu

Dalam sejarah terdahulu, FIFA pernah menggantung Yugoslavia pada 1992 ketika konflik Balkan memuncak, dan turut mengambil tindakan ke atas Rusia berhubung krisis Ukraine. Tindakan sama dijangka boleh dikenakan terhadap Iran jika keadaan terus memburuk.

FIFA
Sumber Gambar: Reuters

Iran yang telah layak ke Piala Dunia sebanyak enam kali, kali terakhir pada tahun 2022 di Qatar, kini berdepan risiko disingkirkan daripada kejohanan terbesar bola sepak dunia – bukan kerana prestasi di padang, tetapi kerana konflik di luar padang.