FIFA kini berdepan tekanan tentang status Iran pada Piala Dunia 2026. Menurut The Guardians, FIFA berdepan dengan situasi agak rumit dalam menentukan penyertaan Iran dalam temasya itu nanti.

Iran yang sudah mara ke Piala Dunia 2026, kini berdepan kemungkinan akan disingkirkan atau dibatalkan penyertaan sebelum sempat menyepak bola pada pertandingan itu kelak.

Iran berisiko digantung

Alasannya agak pelik. Jika Rusia sebelum ini digantung kerana menjadi negara yang menyerang, dalam kes Iran, mereka menjadi mangsa serangan. Dan membalas serangan selepas diserang Tel Aviv.

FIFA Pertimbang Gantung Iran Daripada Piala Dunia 2026, Ini Alasannya

FIFA dikatakan sedia mempertimbangkan penggantungan Iran atas alasan faktor keselamatan di negara penganjur. Ini kerana sedang terlibat dalam konflik dengan salah satu negara penganjur, Amerika Syarikat, yang menjadi tuan rumah bersama kejohanan tersebut dengan Mexico dan Kanada.

Piala Dunia Kelab
REUTERS/Cesar Olmedo

Polisi AS ke atas Iran

Tiada peruntukan khusus dalam peraturan FIFA yang menghalang Iran daripada bermain perlawanan kumpulan mereka di AS, walaupun negara itu kini menjadi sasaran tindakan ketenteraan oleh pentadbiran Trump dan rakyat Iran dilarang memasuki negara tersebut.

Bagaimanapun, larangan itu mungkin akan ada pengecualian yang mungkin terpakai kepada pemain, kakitangan pasukan atau keluarga yang terlibat dengan pasukan dalam Piala Dunia FIFA 2026.

Iran, yang pernah menentang AS dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar, telah melayakkan diri ke Piala Dunia untuk kali keempat berturut-turut pada Mac lalu.

Walaupun kejohanan 2026 turut dianjurkan oleh Kanada dan Mexico.

Prosedur undian Qatar 2022 dipertimbangkan?

Pada tahun 2022, UEFA telah mengumumkan bahawa Ukraine dan Belarus tidak akan diundi dalam kumpulan yang sama dalam kejohanan anjuran mereka susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine – langkah yang mungkin boleh dijadikan contoh oleh FIFA.

FIFA
Sumber Gambar: Reuters

Sebelum undian Piala Dunia di Qatar, syarat undian yang dipersetujui termasuk had terhadap negara mana boleh berada dalam kumpulan yang sama, tetapi ini hanya berdasarkan prinsip umum bahawa tidak lebih daripada satu pasukan dari setiap konfederasi (kecuali Eropah) berada dalam satu kumpulan.

Iran diberikan slot khas dalam kumpulan A?

Jadi Iran mungkin tiada masalah bermain di peringkat kumpulan jika mereka terus diberikan slot khas dalam kumpulan A. Bermakna negara itu boleh mengelak daripada bermain di Amerika Syarikat dalam peringkat kumpulan. Kerana kumpulan A akan bermain di Mexico.

kumpulan A

Jika Iran memenangi kumpulan tersebut, mereka akan terus kekal bermain di Mexico untuk perlawanan pusingan 32 dan 16 terakhir. Namun, jika mereka mara lebih jauh – sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini – mereka akan bermain di AS.

FIFA masih belum ada kata putus

FIFA tidak memberikan sebarang kenyataan apabila dihubungi oleh The Guardian pada Isnin dan dijangka sedang mempertimbangkan pilihan sebelum undian rasmi Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung pada Disember.

Keputusan ini bakal menjadi dilema bagi presiden FIFA, Gianni Infantino, yang sebelum ini dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Donald Trump – individu yang meluluskan serangan bom di tapak nuklear Iran hujung minggu lalu.

fifa

Infantino dan FIFA perlu membuat kata putus berhubung penyertaan dalam kejohanan serta pembahagian undian kumpulan, namun jawatankuasa penganjur pertandingan FIFA turut dijangka memberikan pandangan.

Jawatankuasa khas dijangka akan membincangkan tentang status Iran. Di mana jawatankuasa tersebut mempunyai ahli dari Kanada, Mexico dan Iran, manakala pengerusinya ialah Presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

Apa yang pasti nasib Iran masih ibarat telur di hujung tanduk pada ketika ini, sama ada mereka akan beraksi dalam Piala Dunia 2026 atau sebaliknya. Jika mereka digantung, pastinya ramai akan membantah.

iran