FIFA dilaporkan telah menurunkan gambar pemain Al Ahly, Hussein Al Shaat, yang awalnya untuk tujuan promosi Piala Dunia Kelab 2025.

Gambar tersebut diturunkan kerana Hussein telah memakai gelang dengan tulisan Free Palestin.

gelang

Gelang itu dianggap melanggar garis panduan FIFA yang melarang sebarang bentuk unsur politik dalam bola sepak.

Peminat rata rata tidak bersetuju dengan FIFA. Kerana ‘Free Palestine’ lebih kepada kempen kemanusiaan.

Peminat turut membandingkan layanan FIFA kepada Ukraine sebelum ini. Di mana FIFA telah membenarkan pemain atau pasukan yang bersolidariti untuk Ukraine, mengibarkan bendera negara itu serta menggunakan armband warna Ukraine.

Piala Dunia Kelab 2025 adalah kejohanan dengan format baharu melibatkan 32 kelab, bertanding secara format 8 kumpulan yang dihuni 4 pasukan. 2 pasukan terbaik dalam kumpulan akan mara ke kalah mati.

Antara kelab yang layak ke Piala Dunia Kelab 2025 adalah Real Madrid, Bayern Munich, Manchester City, PSG, Chelsea, Inter Miami dan banyak lagi.

Hadiah terkumpul bernilai hampir USD125 juta (kira kira RM 570 juta), antara hadiah terbesar untuk kejohanan kelab.

Namun FIFA menyatakan kebimbangan mereka tentang sambutan ke atas pertandingan ini. Memandangkan jualan tiket yang kurang memberangsangkan. FIFA malah mengambil inisiatif memotong harga tiket.

Piala Dunia Kelab FIFA 2025 Terima Sambutan Hambar, Tiket Tak Laku