FIFPRO telah menyatakan sokongan mereka kepada 7 pemain warisan Malaysia yang dihukum FIFA. FIFPRO ialah organisasi yang menjaga kebajikan pemain profesional di seluruh dunia.

FIFPRO menyatakan kebimbangan serius terhadap keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA yang menjatuhkan hukuman penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain yang memohon kelayakan untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

Menurut FIFPRO, hukuman tersebut tidak seimbang dan terlalu berat tidak tidak setimpal dengan situasi sebenar pemain-pemain itu.

FIFPRO menegaskan bahawa para pemain tersebut sebenarnya adalah mangsa keadaan dan bukan pelaku kesalahan.

Keputusan jawatankuasa rayuan FIFA sendiri mengesahkan bahawa pemain tidak memalsuksn dokumen mereka.

Seterusnya, FIFPRO berpendapat, jika terdapat sebarang pemalsuan, ia bukan berpunca daripada tindakan individu pemain.

Lebih membimbangkan, pemain tidak mempunyai kuasa untuk mendapatkan pengesahan rasmi daripada FIFA mengenai kelayakan mereka.

Keseluruhan proses permohonan dilakukan mengikut prosedur: mereka menyerahkan dokumen peribadi, menjalani proses di hadapan pihak berkuasa Malaysia, mengangkat sumpah, menerima pasport Malaysia serta menunggu kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

FAM
Kredit Foto: FAM

Semua langkah ini dikendalikan oleh institusi luar, bukan oleh pemain sendiri. Namun, keputusan FIFA menyebabkan pemain kini menghadapi penggantungan termasuk di peringkat kelab dan implikasi serius terhadap kerjaya mereka untuk sesuatu yang berlaku yang bukan berpunca daripada mereka sendiri.

FIFPRO menzahirkan sokongan penuh kepada tujuh pemain tersebut dan percaya bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan membetulkan ketidakadilan yang berlaku. FIFPro dalam kenyataannya berkata:

“FIFPRO mengambil maklum keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA berhubung tujuh pemain yang memohon kelayakan untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia.

“Hukuman yang dikenakan kepada mereka — penggantungan 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak — adalah sangat tidak seimbang dengan keadaan sebenar kes tersebut.

“Jelas bahawa para pemain sebenarnya adalah mangsa dalam hal ini. Keputusan itu sendiri mengesahkan bahawa mereka tidak memalsukan sebarang dokumen untuk mendapatkan kelayakan, dan turut mengakui bahawa dokumen yang mereka serahkan adalah asli.

“Apabila tidak kurang daripada tujuh pemain berada dalam situasi yang sama, jelas bahawa sebarang kemungkinan pemalsuan dokumen bukan berpunca daripada tindakan individu.

“Para pemain juga tidak mempunyai cara untuk mendapatkan pengesahan rasmi daripada FIFA berhubung kelayakan mereka secara individu, satu prosedur yang sebenarnya tidak diwajibkan di bawah peraturan semasa. Oleh itu, amat membimbangkan apabila mereka dipertanggungjawabkan atas dokumen yang dihantar oleh sebuah persatuan bola sepak kepada FIFA – sedangkan mereka tidak pernah mengeluarkan atau menyerahkan dokumen tersebut.

“Tujuh pemain ini telah mengikut segala prosedur yang ditetapkan: mereka menghantar dokumen peribadi, hadir di hadapan pihak berkuasa Malaysia, menjalani upacara angkat sumpah, menerima pasport yang dikeluarkan kerajaan, dan menunggu kelulusan kelayakan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Semua langkah ini ditangani oleh institusi luar kawalan mereka, namun kini mereka berdepan penggantungan daripada kelab masing-masing dan akibat serius yang bakal menyusul, tanpa sebarang kesalahan daripada pihak mereka sendiri.

“FIFPRO menyatakan sokongan penuh kepada para pemain tersebut dan percaya bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) akan membatalkan ketidakadilan ini.”