Sebuah filem tempatan berjudul Mentega Terbang sebelum ini pernah menjadi kontroversi selepas dikatakan menpunyai unsur bertentangan dengan akidah Islam.

Terkini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan tayangan bagi filem indie tempatan, Mentega Terbang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Borneo Post Online

Larangan itu dilakukan susulan penerbitan warta kerajaan berkaitan Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan diterbitkan pada 1 September.

Tindakan tersebut juga dilakukan menerusi kuasa yang diberikan oleh Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620). Warta ini turut  mencakupi larangan penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

Sebelum ini, filem yang ditayangkan menerusi platform penstriman video ini telah mengundang kecaman dan kegusaran orang awam. Hal ini susulan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.

Hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap kandungan filem itu juga mendapati, terdapat pertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Hasil karya arahan Khairi Anwar yang berdurasi 1 jam 44 minit ini mengisahkan konflik keagamaan seorang remaja Islam, Aisyah yang mendalami teologi agama-agama utama lain, terutamanya persoalan hidup selepas mati.

Antara sedutan babak di dalam filem yang menjadi kontroversi adalah apabila memaparkan watak utama bernama Aisyah dengan terbuka meminta daging babi daripada rakannya yang bukan islam untuk dimakan di samping bapanya membenarkan Aisyah untuk murtad dan memeluk agama lain.

Sedutan babak yang tular itu telah mengundang marah warga netizen yang mana mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan awam. Hal ini kerana boleh merosakkan pemikiran dan akidah masyarakat di Malaysia.