Karamjit Singh merupakan figura luar biasa dalam sejarah sukan motor negara yang berjaya membuktikan bahawa pemandu Malaysia mampu menggegarkan persada dunia.
Dikenali dengan gelaran ‘Flying Sikh’, beliau mencatat sejarah besar apabila muncul sebagai rakyat Asia pertama memenangi gelaran Pemandu Juara Dunia (WRC) dalam kategori Production Cars pada tahun 2002.
Kehebatan beliau mengendalikan jentera rali dengan penuh keberanian di litar bakal dipertontonkan dalam filem TERBANG — diinspirasikan daripada kisah benar jatuh bangun Karamjit dalam sukan permotoran.
Menurut pengarahnya, Chiu Keng Guan, filem ini bukan sekadar tentang perlumbaan, tetapi tentang kepercayaan terhadap diri sendiri, petik Astro Awani.
“Kita semua mempunyai had, tetapi intipati sebenar filem ini adalah bagaimana kita mencabar had tersebut untuk mencapai sesuatu,” katanya.
Chiu Keng Guan juga merupakan pengarah kepada Woohoo, Great Day, The Journey dan OlaBola.
TERBANG memaparkan watak utama, Ajeet (dilakonkan Irfan Zaini) yang perlu melawan trauma ngeri akibat kemalangan dahsyat demi membuktikan bahawa kegagalan bukanlah noktah terakhir.
Turut menjayakan filem ini adalah Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, dan Diana Danielle.
Filem ini bakal menemui para penonton di pawagam pada tahun ini. Anda boleh tonton teaser TERBANG yang penuh visual sinematik di bawah.
OFFICIAL FIRST LOOK OF TERBANG
Saksikan filem TERBANG yang di arahkan oleh @chiudao yang akan Datang Di Pawagam 2026.#TERBANG #FilemTERBANG #AstroShaw pic.twitter.com/7PXdNjIPzm
— Astro Shaw #MalaikatMalam (@AstroShaw) April 6, 2026