Atlet gimnastik Filipina, Carlos Yulo lakar kejutan apabila muncul juara acara senaman lantai lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024 sekaligus meraih pingat emas.
Kejayaan itu menyaksikan Filipina menjadi pasukan Asia Tenggara pertama yang raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024
Yulo juga meraih pingat emas Olimpik kedua dalam sejarah Filipina selepas atlet angkat berat Hidilyn Diaz, yang memenangi pingat emas pada temasya Tokyo 2020.
“Saya hanya melakukannya, saya tidak teragak-agak,” kata Yulo.
🇵ðŸ‡PHILIPPINES
FIRST MEDAL IN WEIGHTLIFTING: 🥇
FIRST MEDAL IN GYMNASTICS: 🥇GRABE KAYO HIDILYN DIAZ & CARLOS YULO!!! LEGENDS 🙌
SALAMAT SA PAGLABAN PARA SA BAYAN!!!! ðŸ˜ðŸ‡µðŸ‡#Paris2024 #Olympics pic.twitter.com/ZBzqN1YBuS
— K ✨ (@keileemuse) August 3, 2024
Bekas juara dunia itu melakukan rutinnya dengan sempurna, menamatkan persembahan dengan pendaratan terbaik untuk meraih 15.000 mata.
Ia juga memastikan pingat sulung buat Filipina dalam sukan gimnastik.
Juara bertahan dan penyandang juara dunia Artem Dolgopyat dari Israel sekadar meraih pingat perak dengan 14.966.
Atlet Britain, Jake Jarman, yang meraih mata tetinggi ketika kelayakan seminggu lalu, mengumpul 14.933 untuk meraih gangsa di Bercy Arena
Selain Filipina, Malaysia berpotensi menjadi pasukan kedua dari Asia Tenggara yang raih pingat emas Sukan Olimpik di Paris menerusi badminton acara perseorangan lelaki, Lee Zii Jia.
Berdasarkan rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas Sukan Olimpik ketika negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam sudah berjaya melakukannya.