Perlawanan Akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Malaysia vs Thailand (Berpasukan) – [26 Mei 2024]

Skuad sepak takraw negara dijadualkan menentang Thailand pada aksi separuh akhir acara berpasukan pada jam 3.00 petang ini.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Para peminat sukan tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang melibatkan pasukan Malaysia menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Pautan Siaran langsung (Live Streaming):

  1. Astro Arena (801)
  2. Persatuan Sepaktakraw Malaysia (Facebook)
  3. We Are Sepak Takraw (Youtube)
  4. Persatuan Sepak Takraw Malaysia – PSM (Youtube)

Anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton saluran Astro Arena secara Live Streaming.

Saingan dalam acara berpasukan dianggap ibu segala emas pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw.

Malaysia tekad merampas gelaran berpasukan dari tangan negara Gajah Perang itu sekali gus menamatkan kemarau kemenangan 33 tahun yang kali terakhir diraih di Sukan SEA Manila 1991.

Beberapa hari lepas, skuad negara mencipta sejarah apabila berjaya menumbangkan Thailand untuk menjuarai acara double dan regu.

Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.

Bagi acara double ia adalah kejuaraan pertama Malaysia dalam mana-mana kejohanan manakala kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand dalam acara regu ketika Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.

Buat pertama kali dalam sejarah, sistem mata ranking turut diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Ia bermakna setiap pasukan yang bertanding berpeluang meraih mata ranking dunia berdasarkan keputusan perlawanan dalam kejohanan tersebut.