Karier Tariq Lamptey sekali lagi diuji apabila Fiorentina dilaporkan mengambil keputusan menamatkan kontraknya selepas musim yang penuh malang akibat kecederaan serius.
Bek kanan berusia 25 tahun itu pernah dianggap antara prospek terbaik keluaran akademi Chelsea selepas membuat penampilan sulung sensasi menentang Arsenal pada tahun 2019 ketika baru berusia 18 tahun.
Prestasinya ketika itu membuat ramai percaya beliau bakal menjadi bintang besar masa depan England.
Tidak lama selepas itu, Brighton membawa Lamptey keluar dari Chelsea dengan bayaran perpindahan yang dilihat sebagai pelaburan besar untuk masa depan kelab.
Dia turut menjadi perhatian kelab besar EPL yang lain terutama sekali Chelsea.
Walaupun sempat mempamerkan aksi berkualiti di Premier League, kariernya sering diganggu masalah kecederaan yang berulang.
Musim panas lalu, Fiorentina membayar sekitar €6 juta untuk mendapatkan khidmat Lamptey dan menawarkan kontrak jangka panjang sebagai permulaan baharu buat pemain tersebut di Serie A.
Namun segalanya berubah dengan pantas. Lamptey hanya sempat beraksi selama empat minit ketika menentang Napoli sebelum diberi peluang sebagai kesebelasan utama menentang Como.
Malangnya, beliau mengalami kecederaan ACL selepas hanya 21 minit permainan dan terpaksa diusung keluar. Itu menjadi penampilan terakhirnya musim ini.
Secara keseluruhan, Lamptey hanya bermain 25 minit dalam dua perlawanan bersama Fiorentina sebelum diketepikan sepanjang musim akibat kecederaan serius tersebut.
Laporan turut menyebut Fiorentina membayar sekitar €44,000 seminggu kepada Lamptey. Kelab tidak pasti bila Lamptey akan boleh beraksi.
Dengan kos gaji melebihi €1 juta dan tempoh pemulihan yang panjang, kelab Itali itu akhirnya memilih untuk menamatkan kontraknya.
Kini pada usia 25 tahun, masa depan Lamptey kembali menjadi tanda tanya meskipun ramai percaya bakatnya masih belum hilang sepenuhnya jika mampu kembali cergas.
🚨👋🏿 Fiorentina terminate Tariq Lamptey’s contract with immediate effect after only 25 mins played at the club. pic.twitter.com/uoKNrXSS4Z
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 11, 2026
Ramai juga simpati dengan Lamptey kerana kontraknya ditamatkan kerana dia cedera.