Sebuah pengeluar panel solar terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah mendedahkan bahawa audit terhadap operasi pembuatannya telah mendedahkan amalan tidak beretika dan paksaan terhadap buruh asing berlaku di kilangnya di  Malaysia.

The New York Times (NYT) melaporkan bahawa audit bebas oleh First Solar Inc mendapati empat subkontraktor di Malaysia telah mengenakan bayaran pengambilan pekerja asing di negara asal mereka dan menahan gaji serta pasport mereka.

“Kami mengetengahkan maklumat ini secara terbuka, bukan sahaja kerana komitmen kami terhadap ketelusan dan Responsible Solar, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko perhambaan moden yang tersembunyi di depan mata.

Semakan oleh Malay Mail mendapati First Solar, yang disenaraikan di sini sebagai First Solar Malaysia Sdn Bhd, ialah pembekal global terkemuka bagi penyelesaian tenaga solar fotovoltaik (PV) komprehensif.

Syarikat AS itu, yang memulakan operasinya di sini pada 2008, mempunyai kilang pembuatan besar di Kulim Hi-Tech Park di Kulim, Kedah. Ia juga mempunyai pejabat tersenarai di Georgetown, Pulau Pinang.