Penganalisis CIMB Securities, Walter Aw Lik Hsin menyatakan MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR.DIY) telah menutup 19 cawangan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menurut beliau, langkah itu menandakan peralihan strategi syarikat daripada pengembangan agresif kepada fokus untuk meningkatkan keuntungan.

Baca Juga:

Penutupan itu melibatkan cawangan yang mencatatkan prestasi kurang memuaskan, petik Berita Harian.

Pada masa sama MR.DIY juga menyemak semula sasaran pembukaan kedai bagi tahun kewangan 2025. Hanya 185 cawangan berbanding 190 cawangan sebelum ini.

MR.DIY juga menjelaskan bahawa penutupan terbabit adalah membabitkan kedai yang berprestasi rendah dan oleh itu hanya memberi kesan minimum kepada pendapatan keseluruhan sambil meningkatkan kecekapan jangka panjang,” katanya dalam satu nota penyelidikannya.

Sementara itu, bagi tahun kewangan 2026 nanti, kumpulan itu telah merancang untuk membuka sehingga 155 buah kedai.

MR.DIY juga sedang memperhalusi strategi pemilihan lokasi dengan memberi keutamaan kepada kedai berkonsep besar ‘MR.DIY PLUS’.

“Kedai berkonsep besar menggabungkan pelbagai jenama di bawah satu bumbung bagi meningkatkan daya tarikan pengguna, kecekapan produktiviti serta pendapatan bagi setiap kedai,” katanya.

Sumber