Syarikat penghantaran makanan Foodpanda hari ini dilaporkan telah mencarum melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM199,958.40 buat rider  atau penghantar makanan yang menggunakan platform mereka.

Caruman tersebut dibuat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan meliputi jumlah keseluruhan sebanyak 2,544 rider bagi melindungi mereka sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan ketika berkhidmat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das, caruman itu adalah merupakan langkah terbaru daripada pihak mereka selepas turut memperkenalkan perlindungan polisi insurans pada awal tahun lalu.

“Pada awal tahun lalu, kami melancarkan polisi insurans yang melindungi 24 jam penghantar makanan.

“Sumbangan kami kepada Perkeso adalah antara inisiatif kepada penghantar makanan dan kami sentiasa komited memberikan yang terbaik kepada semua penghantar makanan kami,” katanya.

Perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat terutama dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai rider yang mendapat pujian netizen selepas dirakam bermain piano ketika membuat penghantaran. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Sambil Tunggu Pesanan Diambil, ‘Rider’ Tunjuk Kebolehan Bermain Piano

Anda Sudah Boleh Menempah Barangan Runcit Melalui Servis Daripada Foodpanda