Frank Lampard yang kembali membimbing pasukan selepas dilantik oleh Coventry City untuk mengubah nasib kelab tersebut dalam saingan EFL Championship 2024/25 pantas memberikan impak positif.
Direkrut pada 28 November 2024, metodologi digunakan legenda Chelsea itu nampaknya sangat membuahkan hasil buat Coventry City.
Baca Juga:
- Lihat Reaksi Peminat Chelsea Bila Kena Tunafoto Dengan Lampard
- Kali Terakhir Menang Pada 6 November, Plymouth Argyle Akhirnya Pecat Wayne Rooney
- Ledak 4 Gol Pada Babak Pertama, Cole Palmer Cipta Sejarah EPL
Hal ini kerana beliau mengambilalih pasukan ketika Coventry hanya mampu meraih empat kemenangan, lima keputusan seri dan lapan kekalahan untuk menghuni tangga ke-17 dengan 17 mata.

Berkongsi mata dengan Oxford United, Preston North End dan Plymouth manakala satu mata dihadapan Cardiff, Coventry hanya berkelebihan dua mata dengan Hull City yang berada di zon penyingkiran.
Keadaan yang menyaksikan pengendali terdahulu, Mark Robins dipecat dan ternyata Lampard berdepan tugas berat untuk mengubah nasib pasukan.
Impak Pantas Dijelmakan Frank Lampard
Ketika mungkin ramai yang mempertikaikan kemampuannya tambahan pula beliau sebelum ini dipecat Everton ketika tidak sampai setahun membimbing The Toffees, Lampard memberikan segala yang termampu.
Pengalaman membimbing pasukan dalam kancah English Premier League (EPL) digunakan sepenuhnya oleh Lampard untuk memberikan keputusan positif buat Coventry.
Hadir ketika pasukannya di kelompok bawahan serta bergelut untuk menjauhi zon penyingkiran, Coventry kini sedang menikmati fasa kebangkitan luar biasa di bawah kendalian Lampard.

Mereka berjaya mencatatkan 10 kemenangan, tiga keputusan seri dan empat kekalahan untuk mengumpul 10 mata dan ketika ini hanya dipisahkan satu mata dengan ‘Play Off’ ke saingan EPL.
Selain itu, Frank Lampard turut memperbaiki statistik ketika bertahan dengan hanya 17 jaringan dibolosi berbanding 25 ketika dibimbing Robins.
Malah, Coventry City turut cemerlang dengan tujuh kemenangan pada lapan perlawanan terakhir mereka pada ketika ini.
Dengan prestasi memberangsangkan ditampilkan itu, tidak mustahil untuk melihat skuad The Sky Blue mampu melayakkan diri ke pusingan play off nanti.

Daripada pengurus yang mungkin diragui, Lampard kini pastinya menjadi kesayangan para penyokong setia Coventry City yang mahukan kejayaan buat kelab tersebut.
Kali terakhir Coventry City beraksi di pentas EPL adalah pada musim 2000/01 dimana mereka menamatkan saingan di kedudukan ke-19 dengan 34 mata.