Seorang lelaki dari Mongolia sanggup berbasikal selama 11 bulan dari negaranya ke Old Trafford bagi menyaksikan Manchester United beraksi.

Lelaki yang dimaksudkan ialah Ochirvaani Batbold dimana beliau sampai tepat pada masanya ketika United berdepan Coventry City dalam saingan peringkat separuh akhir Piala FA 2023/24.

Baca Juga:

Batbold meninggalkan ibu kota Mongolia, Ulaanbaatar pada 5 Mei 2023 untuk menempuh perjalanan sejauh 5,730 batu (9,222km) ke Old Trafford.

Beliau berkata perjalanannya telah diilhamkan oleh detik peribadi dalam hidupnya selepas seorang penipu menawarkan dia percubaan yang tidak wujud dengan kelab Major Leage Soccer (MLS) iaitu LA Galaxy.

Akan tetapi, ramai peminat yang berasa kasihan dengan Batbold kerana beliau terpaksa menyaksikan persembahan buruk dari Manchester United selepas menempuh perjalanan beribu kilometer.

United selesa mendahului 3-0 hasil jaringan daripada Scott McTominay, Harry Maguire dan Bruno Fernandes dan ramai yang menjankakan pasukan itu mudah melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Akan tetapi, Coventry mempamerkan kebangkitan dimana mereka menyamakan kedudukan 3-3 sekaligus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Coventry kemudian menyangka mereka telah memenangi perlawanan pada minit terakhir masa tambahan namun Video Assistance Referee(VAR) membatalkan jaringan tersebut kerana pemain Coventry berada di kedudukan ofsaid.

Malang bagi kelab yang bersaing di Liga Kejuaraan itu dimana mereka tidak bernasib baik dalam penentuan sepakan penalti dan terlepas dua sepakan penalti yang meletakkan United di perlawanan akhir dimana mereka akan turun menentang jiran iaitu Manchester City.