Baru-baru ini, penyanyi dan peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) Fuad Rahman dan Tom mendedahkan hubungan cinta lama mereka kembali berputik semula.
Menerusi video perkongsian Fuad di akaun Facebook, dia menjelaskan bahawa Tom bukan punca penceraiannya bersama isterinya, Siti Zulaikha.
Baca Juga:
- Tepis Dakwaan Sudah Bercerai, ND Lala Dan Isteri Hadir Konsert Beri Sokongan Buat Shila Amzah
- ‘Saya Tidak Terasa Dengan Gurauan Nabil’ – Raisa Lebih Selesa Guna Bahasa Inggeris Kerana Bimbang Disalah Erti
- Fazley Yaakob Label Lawak Alif Syukri Di Gegar Vaganza Keterlaluan
Tambahnya lagi, penceraiannya dengan isteri adalah berpisah secara baik dan kini masih dalam proses penceraian.
Bahkan, Fuad menyatakan mahu menyelamat rumah tangga bersama isteri tetapi isterinya tidak mahu berjumpa dengannya lagi.
“Aku tetap kawan dengan dia (isteri) tapi tak rapat,” katanya di dalam video tersebut.
Fuad turut mengatakan Tom selalu memberi semangat untuk terus berjuang di dalam hidup termasuklah menyelamatkannya daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah.
“Cuba nak bagitahu, dia (Tom) banyak membantu aku. Selalu berada di sisi aku, selamatkan aku daripada menghisap balik benda-benda tak elok, buat perangai merepek, solat jaga, setakat ni Alhamdulillah,” katanya.
Sebelum ini Fuad dan Tom pernah menjalinkan hubungan percintaan mereka dan kembali berputik sejak minggu kedua Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9). Malah, meluahkan perasaannya pada Tom dua minggu yang lalu.
Bukan itu sahaja, Fuad berkata dia akan menebus segala kesalahannya dulu kerana meninggalkan Tom serta berjanji untuk menjaga hubungan mereka dan perancangan untuk berkahwin. Di samping itu, Fuad juga berkata beliau tetap menjaga batas-batas pergaulan bila bersama Tom.