Pasangan romatik Fuad Rahman dan Tom terus menjadi perhatian peminat mereka. Siapa sangka mereka akhirnya menikmati semula kegemilangan mereka dalam industri hiburan Malaysia.

Fuad Rahman mengakui dia tidak merancang untuk menambah anak lagi. Ini kerana dia kasihan melihat isterinya, Tom yang mengalami alahan teruk ketika mengandung.

Baca Juga:

Dipetik dari Mstar Online, Fuad berkata: “Ini yang terakhir rasanya. Sebagai suami, saya memang kesian melihat keadaan dia [alami alahan ketika hamil].”

“Namun kami tidak merancang untuk ‘mengikat’ sebaliknya menggunakan perancangan kami sendiri sahaja.”

Fuad menegaskan isterinya Tom ada banyak ragam selama 7 bulan dia mengandung. Dengan turut mengalami gangguan emosi yang tidak menentu.

“Adakala dia menangis dan mengamuk tiba tiba. Sebagai suami saya faham keadaannya dan sentiasa cuba berada di sisinya,” tegas penyanyi rock itu lagi.

Fuad menegaskan dia dan isterinya sudah tak sabar sabar mahu menerima kehadiran cahaya mata mereka.

Sebagai tambahan, kedua dua pasangan bahagia ini membina mahligai mereka pada 26 Februari lalu selepas pertemuan dan percintaan singkat mereka sebagai pasangan kekasih.

Soal karier, Tom tidak merancang untuk bercuti lama selepas bersalin kelak. Dan sedia menerima tawaran kerja jika ada setelah dia tamat berpantang nanti.

Menurut Tom, setelah tamat program Famili Duo 3, dia dan suaminya akan menggunakan masa yang ada untuk berehat sebaiknya dan menunggu kelahiran cahaya mata mereka.

Semoga dipermudahkan urusan buat pasangan ini.