Jenama sukan terkenal dunia, PUMA baharu sahaja menikmati era era baharu bersama pasukan kebangsaan Portugal dengan pelancaran jersi merangkumi sepersalinan ‘Home dan Away’ buat pasukan lelaki serta wanita A Selecao.
Jersi baharu dicipta khas ini menampilkan reka bentuk yang berbeza bagi melambangkan pasukan lelaki dan wanita.
Baca Juga:
- Portugal Lepaskan Ronaldo, Bruno Fernandes, Bernardo Silva & Pedro Neto Ke Pangkuan Kelab Masing-Masing
- Bekas Rakan Sepasukan Dedahkan Ronaldo Tertarik Peluk Islam Dan Sudah Belajar Banyak Perkara Tentangnya
- ‘Saya Tak Meragui Ronaldo, Dia Beraksi Tidak Seperti Pemain Berusia 39 Tahun’ – Martinez
Setiap kit Home dan Away mentafsirkan simbol Quinas sebagai lambang kebangsaan dengan cara yang meraikan warisan bola sepak Portugal.
Ia disifatkan sebagai cara terbaik untuk menghormati wira-wira Portugal dengan cara tidak hanya dengan bercakap tentang sejarah tetapi memberi sejarah sesuatu untuk dibicarakan.
Di Portugal, melakukan sesuatu ‘por amor à camisola’ atau ‘demi cinta kepada jersi’, bermaksud melakukan sesuatu dengan semangat, komitmen, dan cinta untuk usaha, sebab, atau pasukan.
Kit Home Portugal bagi pasukan lelaki telah menampilkan asas merah klasik dengan perincian emas dan hijau serta kolar leher bulat.
Manakala, jersi wanita pula mengetengahkan asas merah dengan perincian hijau, pudina dan hitam serta kolar leher bulat yang direka khas.
Bersama dengan warna ikonik Portugal, setiap jersi memaparkan grafik berulang simbol Quinas dari lambang kebangsaan.
Bagi jersi Away pula, PUMA menginterpretasikan simbol Quinas dengan cara futuristik menggunakan warna dan grafik berani yang meraikan pertembungan seni, teknologi dan bola sepak di Portugal pada era moden ini.
Jersi lelaki menggunakan asas putih dengan grafik khas berwarna merah dan hijau serta kolar leher bulat hitam.
Jersi wanita mengambil pendekatan yang berbeza dengan asas pudina, menampilkan grafik hitam, merah dan hijau serta kolar leher bulat hitam.
Jersi Home dan Away kini tersedia dalam versi Authentic dan Replica. Jersi Authentic yang dipakai oleh pemain, dihasilkan dengan fabrik ULTRAWEAVE PUMA, direka untuk mengurangkan berat dan geseran, memastikan prestasi tahap elit para pemain.
Jersi Replica pula menawarkan reka bentuk yang sama dengan potongan yang lebih longgar, sesuai untuk hari perlawanan dan pakaian harian.
Kedua-dua versi ini menggabungkan teknologi dryCELL PUMA untuk menyerap peluh dan memastikan pemain serta peminat kekal kering dan selesa.