Peminat bola sepak tanah air nyata kecewa dengan jersi Malaysia edisi terbaru yang dihasilkan dengan kerjasama antara Puma dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Peminat menganggap jersi tersebut terlalu simple dan template yang digunakan tidak melambangkan identiti skuad Harimau Malaya ataupun Malaysia sebagai sebuah negara.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Dua jenama Indonesia iaitu Mills dan Grinta kemudiannya berkongsi rekaan mereka yang mana menurut netizen jauh lebih baik berbanding jersi Malaysia yang dihasilkan oleh FAM dan Puma.

Mills merupakan jenama tempatan di Indonesia dan mereka pernah menghasilkan jersi bagi skuad kebangsaan Garuda selama empat tahun pada 2020 hingga 2024.

Jersi Malaysia Dianggap Mahal Dan Tidak Berbaloi Dibeli

Rata-rata peminat berpendapat jersi Malaysia keluaran Puma tidak berbaloi untuk dibeli kerana corak yang simple dan juga kain yang dianggap nipis dan tidak berkualiti.

Menurut khabar angin yang beredar di laman media sosial, jersi tersebut adalah jersi sementara dan Puma akan mengeluarkan rekaan yang dikhaskan untuk Malaysia pada bulan Ogos atau September.

Komen Dion Cools Mengenai Jersi Malaysia

Dion Cools yang beraksi bersama Buriram United dalam aksi Piala Shopee menentang Lion City Sailors baru-baru ini memberikan pandangan mengenai jersi baharu yang diperkenalkan.

“Secara peribadi, saya berharap jersi yang lebih baik. Tapi secara keseluruhan, ianya warna hitam dan putih yang melambangkan warna Malaysia.

“Saya rasa semua pihak mungkin menjangkakan sesuatu yang berbeza,” kata Dion Cools.

Teknologi Yang Digunakan Di Jersi Malaysia

Kit baharu skuad kebangsaan Malaysia itu menampilkan teknologi ULTRAWEAVE revolusioner PUMA dan direka bentuk untuk memberikan keselesaan ringan, fleksibiliti serta ketahanan bagi membolehkan pemain beraksi pada tahap tertinggi, sama ada di gelanggang tempatan atau pentas global.

“Kerjasama dengan FAM ini menandakan satu peristiwa penting bagi PUMA kerana kami dapat mengembangkan kehadiran kami dalam bola sepak Malaysia,” kata Sanjay Roy, Pengarah Urusan PUMA Asia Tenggara & Oceania.

“Kami berdedikasi untuk melengkapkan Harimau Malaya dengan produk inovatif yang memperkasakan mereka untuk mencapai matlamat sambil meraikan kuasa sukan ini untuk bersatu dan memberikan inspirasi.”