Selepas menghasilkan stereng kereta hasil kolaborasi jenama Momo, kali ini Hot Wheels umumkan pula kolaborasi bersama PUMA, juga di bawah koleksi ulang tahun ke-50.
Tiga model dihasilkan untuk kolaborasi ini iaitu Hot Wheels 16, Hot Wheels Camaro dan Hot Wheels Bone Shaker. Hot Wheels 16 diambil inspirasi daripda model koleksi pertama Hot Wheels die-cast cars yang turut dikenali sebagai ‘Original Sweet 16‘.
Seterusnya model Hot Wheels Camaro. Ia dipilih sebagai tribute untuk model 68 Camaro custom edition. Ia ditampilkan dengan warna oren dan akhir sekali model Bone Shaker. Model Bone Shaker ini hadir dengan padanan warna hitam emas dan merupakan siri yang popular di kalangan peminat Hot Wheels.
Koleksi PUMA x Hot Wheels dijangka akan menemui peminat pada 15 November ini dan akan dijual melalui butik PUMA butik-butik terpilih. Pakai kasut ini ketika TT, anda pasti jadi perhatian.