Seorang gadis Belarus mencuri perhatian warganet selepas berkongsi pengalamannya menemui seorang mak angkat semasa bercuti di Terengganu.

Menerusi perkongsian Instagram @exploella, kisah itu terjadi pada September 2025. Pada ketika itu dia dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari Pulau Pinang dengan menaiki bas.

Pemandu bas tidak menyedari gadis Belarus itu tertidur di stesen terakhir. Gadis itu hanya terjaga selepas dia berada di kawasan letak kereta sejauh 10 kilometer.

Jadi dia terpaksa berjalan 5 kilometer, kemudian 5 kilometer kemudian dia ditumpangkan ke kawasan bandar Kuala Terengganu.

“Semasa saya menikmati sarapan, ada seorang wanita tidak kenali datang dan bersembang dengan saya.

“Dia juga menwarkan saya untuk melihat kawasan sekitar bandar dengan menaiki keretanya,” kata Ella.

Wanita tempatan dikenali sebagai Puan Pauziah, membawa Ella ke pantai, Masjid Terapung, pavilion batik dan kilangnya.

Keesokan harinya, kedua-duanya makan malam bersama di sebuah restoran setempat.

Hari seterusnya, wanita itu bercerita kepada Ella mengenai Pulau Kapas dan membawanya ke sana. Pada masa sama Puan Pauziah memperkenalkan Ella kepada orang-orang tempatan.

“Saya jatuh cinta dengan pulau kecil ini. Saya jumpa kawan tempatan dan pelancong, serta meluangkan masa dua minggu yang sangat menarik di situ,” kata gadis Belarus itu.

Satu minggu kemudian, Puan Pauziah datang melawat Ella untuk memastikan ‘anak angkatnya’ itu dalam keadaan baik. Beliau turut membawa Nasi Kerabu untuk Ella.

Puan Pauziah kembali semula ke Pulau Kapas satu minggu kemudian untuk mengambil Ella dan meluangkan satu hari suntuk sebelum Ella menaiki bas ke Kuala Lumpur.

Gara-Gara Terlajak Tidur Dalam Bas, Gadis Belarus Dapat 'Mak Angkat' Di Kuala Terengganu
Sumber Gambar: Instagram @exploella

“Selepas 7 bulan, ‘mak angkat’ saya sentiasa bertanyakan khabar, hantar gambar ucapan ‘Selamat Pagi’ menerusi WhatsApp,” kongsi Ella sambil menunjukkan tangkap layar perbualannya bersama mak angkat di Kuala Terengganu.

Menurut Ella, dia kembali semula ke Pulau Kapas dan Puan Pauziah datang ke pulau tersebut dan membawanya ke Kuala Terengganu.

Netizen berasa gembira melihat Ella berasa sangat gembira bercuti Malaysia. Pada masa sama memuji gadis Belarus itu kerana beruntung mendapat ‘mak angkat’ yang penyayang.

Sumber