Seorang gadis dari Malaysia membuat flexing berupa pasport Malaysia yang membuatkan pembuli online dari Indonesia tidak mampu berkata apa-apa.

Akaun @iceteafatihah di laman X mempersoalkan mengapa ahli politik Indonesia, Anies Baswedan tidak menjadi presiden negara itu ketika pilihan raya pada 2024.

Baca Juga:

Akan tetapi, ada individu yang menganggap gadis itu sebagai rakyat Indonesia yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dan mula menyerang beliau kerana ciapannya mengenai Anies.

Flex Pasport Malaysia Kepada Pembuli Online

Gadis tersebut kemudiannya memuat naik gambar beliau memegang pasport Malaysia dan membuat individu tersebut tergamam.

Flexing ini nyata mendapat sokongan dari rakyat Indonesia yang lain dimana mereka merasa cemburu dengan kekuatan pasport negara kita.

Dalam kedudukan terbaharu pasport paling berkuasa di dunia, pasport Malaysia menunjukkan sedikit penurunan, kini berada di tangga ke-12 dalam Indeks Pasport Henley.

Pasport Malaysia
Sumber Gambar: Richard Ker/X

Ini merupakan penurunan dari kedudukan ke-11 tahun lepas dan penurunan yang besar dari kedudukan terbaiknya iaitu di tempat ke-8 pada tahun 2014, lapor NST.

Walaupun mengalami penurunan, pemegang pasport Malaysia masih menikmati keistimewaan perjalanan tanpa visa ke 182 destinasi dari 227 destinasi di seluruh dunia.

Pasport Malaysia
Pasport

Berpegang teguh di puncak senarai pasport paling berkuasa didunia adalah Singapura, dengan kedudukannya kekal di tempat pertama.

Warga Singapura menikmati akses tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 195 destinasi.

Pasport Malaysia
Sumber Gambar: Business-Standard

Indeks Pasport Henley, bertanggungjawab menilai 199 pasport dan 227 destinasi perjalanan.

Indeks ini mengambil data dari Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).