Dalam kedudukan terbaharu pasport paling berkuasa di dunia, pasport Malaysia menunjukkan sedikit penurunan, kini berada di tangga ke-12 dalam Indeks Pasport Henley.

Ini merupakan penurunan dari kedudukan ke-11 tahun lepas dan penurunan yang besar dari kedudukan terbaiknya iaitu di tempat ke-8 pada tahun 2014, lapor NST.

Walaupun mengalami penurunan, pemegang pasport Malaysia masih menikmati keistimewaan perjalanan tanpa visa ke 182 destinasi dari 227 destinasi di seluruh dunia.

Ini menunjukkan bahawa pasport Malaysia masih berada di kalangan pasport paling berkuasa di dunia.

Berpegang teguh di puncak senarai pasport paling berkuasa didunia adalah Singapura, dengan kedudukannya kekal di tempat pertama.

Warga Singapura menikmati akses tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 195 destinasi.

Indeks Pasport Henley, bertanggungjawab menilai 199 pasport dan 227 destinasi perjalanan.

Indeks ini mengambil data dari Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).