Seringkali kita melihat Asia’s Got Talent pastinya bakat seperti nyanyian, koreografi serta persembahan magik antara yang tidak terlepas untuk dipertandingkan. Namun bagaimana pula pertandingan ini disertai oleh seorang gadis psiko?

Gadis yang bernama Marie Antoinette Riana Graharani atau lebih dikenali dengan nama The Sacred Riana ini berjaya membuktikan bakat yang hebat berjaya membolehkan beliau mejuarai pertandingan yang penuh kompetitif ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini beliau telahpun menempah nama di Indonesia dengan menyertai beberapa program realiti TV sebelum menyertai Asia’s Got Talent.

Bermula dengan saringan pertama Asia’s Got Talent, The Sacred sudah mula mempamerkan karakternya yang kelihatan seram dan aneh. Malah para juri juga turut teruja dengan persembahan gadis berusia 25 tahun ini.

Gaya beliau yang tidak pernah senyum meskipun berjaya mendapat pengiktirafan juri antara yang mendorong gadis ini untuk membuatkan para penonton tertanya-tanya apakah yang bakal dipamerkan oleh gadis ini untuk persembahan seterusnya.

Di dalam satu temu bual The Sacred Riana turut mengatakan beliau sengaja untuk tidak bercakap semasa dalam Asia’Got Talent untuk terus kekal di dalam watak. Gaya menggoyangkan separuh kepalanya antara yang dibuat-buat untuk membuatkan wataknya kelihatan lebih aneh.

https://www.youtube.com/watch?v=ZYaenYmQmxo

Detik paling epik buat The Sacred Riana sudah pastinya apabila beliau berjaya menjuarai Asia’s Got Talent dan masih lagi kekal di dalam wataknya sebagai seorang gadis psiko. Tahniah The Sacred Riana! Anda berjaya memenangi $100 ribu. Kami sentiasa menantikan apa lagi yang bakal dipamerkan beliau di masa akan datang.

Video dibawah merupakan persembahan beliau ketika final Asia’s Got Talent.