Seramai 206 pelatih PLKN 3.0 siri 2 gagal melapor diri 11 Mei  lalu di Kem Rejimen 505 Askar Watanniah di Pekan Pahang.

Kesemua mereka yang gagal melapor diri itu, akan diberikan peluang untuk melapor diri sebelum 12 tengahari, 16 Mei hadapan.

pelatih plkn

Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan pelatih pelatih ini berdepan tindakan perundangan termasuk penjara dan didenda – menurut laporan Buletin TV3.

Pelatih PLKN gagal lapor diri perlu ada alasan munasabah

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Latihan) JLKN, Brigadier Jeneral Zainudin Bahari, pelatih PLKN yang gagal melapor diri ini akan diminta untuk menyatakan alasan kenapa mereka tidak dapat melapor diri dengan alasan munasabah.

pelatih plkn ingkar
Foto: Buletin TV3

Kegagalan untuk menyatakan alasan munasabah atau tidak boleh diterima, ianya membuatkan pelatih PLKN 3.0 yang tidak melapor diri ini akan tertakluk di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara 2003.

Zainudin mengesahkan bahawa kes ini akan dibentangkan di Majlis Latihan Khidmat Negara  bagi membincangkan tentang keingkaran pelatih pelatih tersebut melapor diri.

PLKN 3.0 kembali lagi

Program PLKN 3.0 adalah program yang mengembalikan semula program yang sama selepas 2 siri beberapa tahun lalu.

PLKN kali ini menggunakan konsep dan format baharu yang bersifat komprehensif dan transformatif, program ini dirancang dilaksanakan mulai tahun 2025.

Matlamat utama program ini adalah untuk membentuk disiplin dan jati diri dalam kalangan belia, meningkatkan lagi semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

PLKN bakal dilaksana dalam dua fasa, libatkan pelajar tingkatan 4 dan lepasan SPM.
Sumber Gambar: Harian Metro

Selain itu PLKN juga diharap akan dapat memupuk dan menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum serta integriti nasional.

Seterusnya diharap akan dapat membentuk perwatakan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni, menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan.

Dengan harapan akan dapat melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan berkeyakinan.

Setiap peserta atau pelatih terpilih akan menjalani latihan selama 45 hari, dengan modul latihan berasaskan 70% latihan asas ketenteraan dan 30% komponen kenegaraan.