Armani Entertainment hari ini membuat kenyataan media menerusi CEO syarikat itu, Datuk KK Chua menegaskan bahawa syarikat ini menyaman penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang.
Ini kerana Michael Ang didakwa melanggar syarat perjanjian yang sudah dipersetujui di dalam kontrak menurut laporan Harian Metro.
Armani Entertainment mendakwa mereka sudah mengeluarkan wang RM500 ribu kepada Michael Ang. Dipecahkan kepada RM250 ribu dalam bentuk tunai dan bakinya dalam bentuk sumbangan untuk renovasi rumah bagi menjayakan program
Datuk KK Chua berkata: “Pihak kami juga sudah membayar wang tunai sebanyak RM250,000, manakala RM250,000 lagi adalah kos ubahsuai rumahnya di Desa Park, Kuala Lumpur yang dibayar menerusi program Fix It Til You Make It.
Michael Ang dilaporkan gagal memenuhi tanggungjawab sesuai dengan kontrak yang dipersetujui sejak 2021. Antaranya, Michael Ang ada obligasi untuk menggunakan sekurang kurangnya 4 bakat daripada Armani Entertainment untuk menjadi watak utama dalam drama yang diterbitkan oleh Michael Ang.
Michael Ang juga dikatakan setuju untuk memberikan 6 lagi watak pembantu utama di dalam drama terbitan beliau, kepada bakat bakat daripada syarikat hiburan tersebut.
Michael Ang turut terikat dengan perjanjian untuk memasukkan lagu dari Armani Entertainment dalam runut bunyi drama terbitannya.
Kesemua syarat tersebut gagal dipenuhi Michael Ang sesuai dengan persetujuan mereka.
Datuk KK Chua juga berkata: “Michael Ang perlu mendapatkan 20 bakat untuk menyertai mereka. Di mana 10 bakat adalah daripada Tier 1 – artis dalam kategori lebih 1 juta pengikut di media sosial.
“10 lagi di Tier 2, yang memiliki 400 ribu pengikut dan ke atas.”
Michael Ang telah gagal menepati syarat kontrak tersebut dan meminta peluang kedua yang membawa kepada perjanjian khas pada 2022. Klausa kontrak ini menuntu Michael Ang memulangkan wang sejumlah RM50,000 kepada Armani Entertainment sebelum 15 September 2022.
“Yang pasti dia gagal memulangkannya,” tegas kenyataan itu lagi.
Seterusnya Michael Ang harus memberikan peranan ‘second lead role’ sama ada pelakon wanita atau lelaki dalam 10 drama terbitan Michael Ang yang seterusnya kepada bakat daripada Armani Entertainment.
Michael Ang juga diminta untuk menggunakan 10 lagu untuk dijadikan runut bunyi drama, serta membawa masuk pekerjaan yang membawa pulangan RM50,000 kepada syarikat itu.
Datuk KK Chua menambah: “Michael Ang juga mengesahkan bahawa dia akan membantu seorang artis kita menyertai Gegar Vaganza dan 3 artis kita menyertai program realiti Big Stage. Walaupun ada seorang artis yang menyertai program realiti, namun artis itu bukan menyertai program tersebut melalui Michael Ang.
Daripada kesemua kesepakatan tersebut, Michael Ang hanyalah OST Janji Anarki – Jani Sampai Mati nyanyian Hasif Upin, dan lagu OST sampingan untuk drama Setelah Terlafaznya Akad 2, lagu oleh Emeer Bakri, OST dia adalah Anta Permana oleh Siti Nurhaliza.
Oleh sebab itu Michael Ang kini diminta untuk membayar gantirugi RM500 ribu kerana gagal memenuhi kesemua tanggungjawabnya. Dan pihak Armani Entertainment menganggap ini pengajaran kepada semua agar lebih behati hati.
Michael Ang memberikan respon kepada perkara itu dengan menyatakan: “Biasalah orang artis kena saman.”
Michael Ang turut menyerahkan perkara itu kepada peguamnya dan enggan mengulas lebih lanjut lagi.