Penerbit dan pengarah, Michael Ang kini menyuara pendapatnya tentang tindakan masyarakat yang dikatakan mahu boikot restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia kerana dikatakan menyokong Israel.

Michael Aang berkata ia hanyalah tindakan sementara kerana sebelum ini pernah berlakunya isu boikot McDonald’s. Namun, tidak pernah lagi kesemua premis berkenaan ditutup sepenuhnya di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Rakyat Malaysia ni boikot hangat-hangat tahi ayam saja. Kalau orang Malaysia ni betul-betul berprinsip sangat, tak perlu perang baru nak boikot ya.

“Kalau ada prinsip perang ni, dah berpuluh-puluh tahun lagi tua dari McD tu. Jadi, sepatutnya McD tak wujud di sini. Beritahu awal-awal ya, bukan saya sokong ‘pet pet’ tu tapi rasa mengarut dengan perihal boikot ini” ujar beliau lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata kita tidak seharusnya mengorbankan pemilik dan pekerja yang datang daripada orang Malaysia sendiri dek kerana hanya mahu memboikot produk itu.

Pada akhir status yang dikongsikan, beliau berpendapat bahawa banyak cara lain yang boleh dilakukan dalam membantu saudara di Gaza.

Sementara pada ruangan komentar, ada sebahagian netizen yang bersetuju dengan pendapatnya. Segelintir lain pula merasakan tindakan boikot ini wajar dilakukan sebagai tanda solidariti kepada saudara yang merana di Gaza meskipun tidak dilakukan secara berterusan.