Kita sedia maklum untuk kekal awet muda sudah semestinya perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini termasuklah dengan menjaga pengambilan gula, elak makanan berkolesterol dan juga mengambil sayuran secukupnya.

Namun berbeza pula dengan seorang pereka fesyen terkenal, Vera Wang berusia 74 tahun ini yang mendedahkan dietnya merangkumi makanan segera di dalam kehidupan seharian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kenyataan ini dibuat sewaktu ditemu ramah bersama Page Six Style yang mana mahu membongkar rahsia kekal sihat dan awet muda pereka fesyen tersebut. Ramai yang terkejut kerana beliau masih memiliki badan langsing serta mempunyai kulit yang mulus seperti tidak dimamah usia.

“Saya benar-benar makan McDonald’s. Saya memesannya pada setiap hari untuk selama dua minggu dan kemudian saya akan menukarnya,” katanya secara eksklusif kepada media tersebut

Malah, McDonald’s bukan satu-satunya makanan segera yang dimakan kerana beliau juga meminati Dunkin’ Donuts.

“Saya suka donat bersalut gula yang penuh krim,” kongsinya lagi.

“Ia seperti donat jeli tetapi mempunyai krim di dalamnya iaitu krim vanila. Saya suka donat warna merah jambu dengan tambahan sprinkles,” ulasnya secara lanjut.

  • Wang mengakui bukan sahaja pilihan makanan boleh menjadi sebab kekal muda, malah beliau mendedahkan tentang kepentingan berkerja keras sepanjang kariernya.

Terangnya lagi, Wang menyatakan beliau perlu berkerja keras menerusi sepanjang hidupnya sekaligus menjadi kunci untuk memiliki kesihatan yang baik dan kekal muda selama ini.

Selain mempunyai jadual yang padat dengan kerja profesionalnya,  beliau masih melakukan rutin aktiviti bersukan di waktu pagi serta menjaga waktu tidur sekitar tujuh hingga lapan jam pada setiap hari.

Malah, beliau juga selalu meluangkan waktu untuk membahagiakan diri dan tidak terlalu memikirkan tentang pengambilan makanan secara serius.