McDonald’s Malaysia kini mengesahkan sumbangannya berjumlah RM1 Juta kepada Kemanusiaan Palestin yang baru dilancarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Mc Donald’s, mereka memaklumkan bahawa syarikat itu sedia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan berkenaan dengan harapan supaya dapat membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi situasi yang sukar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Langkah ini adalah selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

“Usul Perdana Menteri untuk memperuntukkan RM10 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin adalah sejajar dengan komitmen kami untuk menyokong mereka yang terjejas akibat konflik di Gaza.

“Krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza mengetengahkan kepentingan usaha ini,” menurut kenyataan itu.

Katanya lagi, sumbangan McDonald’s tersebut secara langsung diharapkan dapat menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza, lantas memenuhi keperluan kritikal bagi mereka yang terjejas akibat konflik tersebut.

Difahamkan bantuan ini meliputi perubatan, makanan, tempat tinggal, dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat.

Komitmen McDonald’s tertumpu sepenuhnya dalam menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan. Malah, mereka yakin dengan semangat kerjasama dapat membantu dalam masa genting ini.

Dalam pada itu, syarikat McDonald’s Malaysia juga menggalakkan pekerja-pekerja dari seluruh negara untuk menyertai usaha pengumpulan dana bagi terus membantu misi bantuan di Gaza.

McDonald’s mengakhiri kenyataan dengan berharap usaha ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terkesan di Gaza.

Sumber