Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat sejumlah besar kelompok masyarakat meluahkan peningkatan kos sara hidup yang sekaligus memerlukan gaji dinaikkan dalam meneruskan kehidupan.
Di sebalik kerja keras serta usaha yang dilakukan, terkadang masih terdapat segelintir individu yang menjadi mangsa kepada syarikat yang tidak bertanggungjawab.
Baca Juga:
- ‘Cuma 0.01% Boleh Dapat Income Begini’ – Che Nom Sangkal Majoriti YouTuber Bergaji RM360,000 Sebulan
- Rakyat China Rasa Ditipu, Menyesal Beli Rumah Di ‘Bandar Hantu’ Forest City Johor
Terbaharu, tular sebuah perkongsian seorang individu yang mahu nama dirahsiakn berkongsi menerusi Twitter @pedoqpop dengan memaklumkan terdapat sebuah syarikat yang dimiliki sebuah pasangan yang dikenali ramai bertindak untuk memotong gaji pekerja sebanyak 35%.
Lebih mengejutkan, syarikat tersebut didakwa berjaya meraih jumlah jualan yang tinggi dan ‘meletup’ pada tahun lalu. Potongan gaji yang dikenakan bukan sahaja melibatkan segelintir individu dalam syarikat malah melibatkan beberapa bahagian lain seperti designer, marketing juga turut dikenakan pemotongan gaji.
https://twitter.com/doqtahu/status/1627678502974799873
Luahan yang dibuat ini telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen sekaligus membuat para netizen tertanya-tanya milik siapakah syarat tersebut. Difahamkan pemotongan gaji sebanyak 35% dibuat secara terus tanpa melibatkan sebarang perjanjian sebelumnya. Berikut merupakan respon netizen terhadap luahan yang dibuat.
Tak pernah plak aku dengar tak achieve sales target kena tolak basic. Semua staff/ dept plak tu? You should know your right, please lodge the report to JTK. https://t.co/VQVqQDzE0o
— Pojie Memojie 🇲🇾🇵🇸 (@pojiepooh) February 21, 2023
Tak faham lah founder2 nak kaya cepat tapi treat staff macam ni. Nak sustain kaya kena lah jaga staff. https://t.co/M29aVKZFj6
— hira (@suhirasue) February 22, 2023
Ni kalau sale meletup tak bagi bonus tapi sale kurang potong gaji mmg terpaling ciellah. https://t.co/jSnjWiSIFs
— Crazy Cat (@AmaninaAdaris) February 21, 2023
Perkongsian yang dibuat individu ini dibuat dalam memaklumkan situasi syarikat yang menindas pekerja ini sememangnya wujud. Sementara itu, beliau meminta nasihat sekiranya adakah tindakan yang dibuat syarikat beliau bekerja boleh dilaporkan di pejabat buruh.