Nota Editor: Artikel asal ini telah dipetik daripada status Facebook Tuan Muhamad Iqbal Hafifi. Dengan izin beliau, kami akan kongsikan kepada anda tip-tip membeli 3 buah rumah dalam tempoh 16 bulan walaupun hanya makan gaji. Ia realistik dan boleh dibuat kerana tip-tip ini telah dipraktikkan oleh Tuan Muhamad Iqbal sendiri yang baru berusia 25 tahun. Semoga dengan perkongsian ini akan ada lebih ramai orang muda memiliki rumah pertama dan seterusnya. Semoga bermanfaat.
1 Tahun 4 Bulan, 3 Buah Rumah.
Assalamualaikum.
Minta maaf tak sempat nak reply satu-satu PM (private message) yang diterima.
Disebabkan ramai yang tanya macam mana cara saya beli 3 buah rumah selepas 1 tahun 4 bulan bekerja, jadi saya kongsikan secara umum sahaja di sini.
Gaji basic: RM2,400
Mula kerja: Februari 2014 (Fresh graduate)
Part time: Sublet 1 unit Cashflow (RM200)
Bilik sewa free sebab duduk sekali dengan rumah sublet
Asset : 15g gold bar (kumpul masa student)
Cash : RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan)
Rumah pertama (Jun 2014):
Apartment Harmoni, Damansara Damai (Tingkat 4)
Selling Price : RM55,000
Bank Value : RM65,000
Deposit : RM5,500
Cara kumpul Deposit : net gaji dalam RM2,100, saving RM1,200 (Nampak macam banyak, try first). Balance RM900 (RM500 parent, balance RM400 untuk makan minum, minyak motor, dll), hidup bujang masa terbaik untuk saving.
RM400 : Seminggu RM100 (pandai-pandailah pusing duit untuk makan, topup, minyak motor)
Tips : Saving, cuba hidup miskin untuk 3 bulan. InsyaAllah hidup lagi.
RM200 duit dari sublet guna sebagai emergency plan, tak cukup lagi, pajakkan 15g gold bar dekat Ar-Rahnu.
Saving : RM1,200 x 4 bulan (Februari – May)= RM4,800
Total cash : RM4,800 + RM1,000 = RM5,800
Cukup dah bayar deposit 10%
Rumah Kedua (Januari 2015):
Apartment Mesahill@Nilai (Underconstruction)
Price : RM169,000++
Loan 100%. (10% discount by developer)
Refundable booking RM3,000
Cara kumpul deposit sama saja macam rumah pertama, ulang setiap bulan.
Rumah Ketiga (Jun 2015):
Apartment Kenanga, Putra Perdana, Puchong
Price : Rm118,000
Bank Value : RM155,000
Loan 70% : RM108,500
Deposit : RM11,800
Cara Kumpul deposit: Cash dari rumah pertama RM9,000, balance lagi RM2,000 itu kumpul setiap bulan macam biasa.
Baca: Ilustrasi Rumah Pemain Bola Sepak Gaya Moden Kontemporari
Setiap rumah ada cerita dan caranya sendiri, panjang untuk diceritakan di sini. Kalau ada yang nak tahu lebih detail, InsyaAllah saya boleh kongsikan masa akan datang.
Setiap orang ada objektif dan strateginya sendiri dalam beli rumah (Flipping, rental income, appreciation dll).
Setiap langkah seperti cantikkan bank statement, cara kira DSR, cara untuk lepas loan, cari rumah below market value dan pemilihan rumah semuanya perlukan ilmu. Boleh join seminar atau beli buku.
Cara saya, pergi MPH atau Popular, lepak sejam setiap minggu, cari buku pasal property, dapat ilmu free.
Baca: Bahagian 2 – Tip Beli 3 Buah Rumah Dalam Tempoh 16 Bulan Oleh Pemuda Makan Gaji