Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di media sosial mengenai gelagat seorang lelaki ketika menghadiri temuduga pra-perkahwinan di pejabat agama.

Apa yang mengejutkan ramai, lelaki tersebut bukan sahaja gagal membaca Surah Al-Fatihah dengan lancar, malah turut buntu apabila diminta untuk mengucap dua kalimah syahadat.

“Tak pandai? Orang muallaf ke? Ha? Muallaf ke? Baru masuk Islam ke? Ha? Islam? Islam dah, dari kecil. Dari lahir-lahir Islam dah. Ha? Lepas tu? Ngucap? Pernah ngucap ke? Tak pandai? Tak. Ash hadu… Macam tak pernah ngucap je ni,” soal panel tersebut.

Malah, individu yang bakal bergelar suami serta pemimpin kepada rumah tangga yang bakal dibina itu gagal membacakan kalimah tahiyat akhir solat sekaligus memberi gambaran betapa kurang cakna dan mengamalkan ajaran agama di dalam kehidupan seharian.

“Korang semua nilaikan sendiri bagaimana tahap kefahaman agama seorang lelaki yang nak berkahwin. Umur 22 tahun.

“Jadi, tak pelik kenapa lelaki sekarang ramai tak de tanggungjawab dalam rumah tangga, tanggungjawab dengan agama pun diambil sambil lewa.

“Semoga Allah beri hidayah untuk kita semua,” tertera teks  pada video.

@solihynramly

Moga Allah beri Hidayah🤲🤲😭 #kahwin #interview

♬ original sound – Solihyn Ramly – Solihyn Ramly

Isu ini bukan sekadar bahan jenaka di media sosial, tetapi ia mencerminkan satu realiti pahit yang perlu kita hadapi tentang tahap literasi agama segelintir belia hari ini.

Antara komentar yang dikongsikan oleh netizen tentang realiti sebenar anak muda yang boleh dikatakan semakin jauh dengan agama sampai tahap yang merisaukan.

“Sy buat kursus kahwin tahun 2017 hampir separuh dewan lelaki tak boleh atau tak pandai mengucap.”

“Solat itu tiang agama dalam keluarga. Kalau kita tak jaga solat, macam-macam masalah boleh datang dalam rumah tangga nanti. Tapi jangan risau, selagi kita masih hidup, belum terlambat untuk kita belajar dan baiki diri.”

“Bagaimana nak jadi pemimpin keluarga.. besar amanah kahwin ni bukan syok2 je..Dipersoalkan kelak.”

“Jangan pelik tuan….kami para guru taye sape tak solat selamba je muka angkat tangan …nak mengucap macamna kalau solat pun tidak….fatehah macam budak pra sekolah….macamna tu salah guru ke???”.