Umum mengetahui, ketika ini penularan wabak COVID-19 masih lagi belum terkawal sepenuhnya dan rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri.
Terbaharu, sepasang suami isteri didapati mencuba merentas negeri tanpa surat kebenaran dan juga menghalang tugas pegawai bertugas ketika sekatan jalan raya di Jalan Junjong telah ditahan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, anggotanya menahan Honda Jazz dinaiki pasangan suami isteri tersebut bersama seorang kanak-kanak lelaki dimana mereka gagal mengemukakan surat kebenaran rentas negeri atau dokumen berkaitan pertukaran persekolahan seperti dinyatakan.
Pihak polis yang bertugas cuba menjelaskan secara berhemah kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan keluar negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.
Akan tetapi, pasangan suami isteri tersebut bertindak keluar kereta dan memaki hamun anggota tersebut ketika kad pengenalan diminta. Oleh itu, pasangan terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Terima ‘Duit Tepi’ Berjumlah RM1.64 Juta, 32 Pegawai JPJ Ditahan SPRM
Pemandu Wanita Dakwa Diganggu Ketika ‘Roadblock’, Bukit Aman Gantung Tugas Dua Pegawai Polis
Mesej Mahu Berkenalan, Pegawai Polis Disiasat Kerana Mengambil Nombor Wanita Ketika ‘Roadblock’