Satu kejadian luar biasa berlaku di Tel Aviv apabila ribuan burung gagak memenuhi langit dan berterbangan dalam jumlah besar di atas bandar tersebut. Pemandangan itu membuatkan langit kelihatan gelap dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Video kejadian tersebut tular dengan pantas, dan ramai pengguna internet mengaitkannya sebagai petanda buruk, lebih-lebih lagi dalam keadaan ketegangan geopolitik melibatkan konflik di Timur Tengah.
Burung-burung itu dilihat berlegar-legar di ruang udara, termasuk di sekitar bangunan terkenal seperti Menara Azrieli, membentuk corak pusaran besar yang menutupi cahaya matahari buat seketika.
Ramai menganggap itu adalah petanda malapetaka atau bencana kepada Tel Aviv walaupun pakar burung atau ornitologi menjelaskan ia fenomena biasa di Tel Aviv.
Dan tidak menolak bahawa, habitat burung gagak tersebut sedang terancam di tengah tengah konflik dengan Iran.
Walaupun ia dianggap fenomena alam yang biasa, kehadiran gagak itu boleh membuatkan Tel Aviv dalam kerungsingan kerana mereka bimbang serangan gagak itu boleh menjejaskan kehidupan masyarakat dan merosakkan sistem keselamatan Tel Aviv ketika mereka sedang menangkis serangan Iran.
Tel Aviv ketika ini benar benar fokus dalam usaha mempertahankan diri mereka daripada serangan balas Iran yang sebelum ini sudah beberapa kali melepasi radar dan pintasan iron dome.
الغراب دليل الدمار والخراب
سحابة من الغربان تغطي سماء تل أبيب، وتشهد على نهاية مرحلة صهيونية من الإرهاب، وقريباً جداً
لقد حاول العدو الصهيوني أن يخفي خسائره، فجاء الغراب لينبئ بالخراب pic.twitter.com/zUGGWcfF8e— د. فايز أبو شمالة (@FayezShamm18239) March 26, 2026