Kecoh baru-baru ini apabila Tuah Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Tyzo tidak disambung kontrak bersama Suria FM.

Hal ini lebih mengejutkan memandangkan beliau disukai ramai dan baru sahaja muncul pemenang Penyampai Radio Terbaik menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35.

Baca Juga:

Turut dikaitkan bahawa Tyzo telah meminta untuk dinaikkan gaji seiring dengan populariti beliau namun masih belum disahkan spekulasi tersebut oleh beliau sendiri.

Terbaharu, Fauziah Nawi selaku pelakon veteran tampil mendedahkan gaji DJ radio swasta mampu mencecah sehingga RM150,000.

Bukan itu sahaja, gaji dalam julat RM5,000 sehingga RM40,000 adalah biasa buat mereka yang bergelar DJ radio swasta khususnya radio popular. Mereka yang bekerja di radio kerajaan pula dikatakan mempunyai gaji yang paling rendah antara DJ radio yang lain.

Kenyataan yang dibuat Fauziah Nawi telah mendapat perhatian ramai yang mulai tahu mengenai gaji besar mereka yang bergelar DJ.

Malah, terdapat netizen yang memaklumkan tidak hairanlah DJ radio swasta mampu hidup mewah dengan memiliki rumah besar dan kereta mewah.

Sebelum ini, Linda Onn pula tampil berkongsi kehidupan beliau di Suria FM sebelum peristiwa bertukar menjadi sejarah hitam menerusi Facebook rasmi beliau.