Netizen hairan bagaimana Tyzo boleh tidak disambung kontrak di stesen radio Suria FM sedangkan dia adalah pemenang Anugerah Penyampai Radio Paling Popular ABPBH yang lalu.

Perkara itu disahkan sendiri Pengurus Besar Suria FM, iaitu DJ Lin. Menurut laporan Sinar Harian, ianya sesuai dengan langkah stesten itu dalam merangka strategi dan perancangan baharu untuk produk lebih segar pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@tyzoxander

Terima kasih peluang dan ruang. 2023 pahit ada manis. Selamat tinggal..🥰

♬ original sound – tyzo X xander – tyzo X xander

DJ Lin berkata: “Jalinan kerjasama Suria FM bersama Tyzo merupakan satu tempoh kerjasama baik. Kami mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beliau.

“Kami telah pun merangka strategi dan perancangan baru bagi tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan terus memenuhi kehendak serta kepuasan pendengar. Perkembangan selanjutnya berkenaan program dan strategi Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Suria menyokong dan percaya serta mendoakan Tyzo akan terus berjaya dalam bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburi,” kata DJ Lin lagi.

Netizen sukar menerima keputusan Suria FM untuk tidak melanjutkan kontrak Tyzo sedangkan beberapa bulan lalu dia baru sahaja memenangi anugerah penyampai radio paling popular.

Bagaimana pula dia boleh menjadi nama yang disingkirkan daripada pojek baharu stesen itu, sedangkan dia adalah penyampai radio paling popular dan antara yang terbaik ketika ini.

@majoritiofficial

Terima kasih Tyzo di atas segalanya, selamat tinggal & semoga semuanya dipermudahkan 😭🥹 majoriti beritaditiktok trendingnewsmalaysia suriafm tyzo radiomalaysia dj

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Netizen benar benar sedih dengan berita Tyzo tidak lagi disambung kontrak di Suria FM.

Di media sosial ramai peminat menzahirkan kecewaan mereka. Ada yang berkata mereka akan meninggalkan siaran Suria FM selepas ini.

Ramai percaya, Tyzo akan mendapat pekerjaan di tempat lain selepas ini kerana ‘market’ beliau masih tinggi.