Gaji pengurus dan pemain Manchester United bakal dipotong selepas pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tangga ke-8 sekaligus gagal untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan.

Menurut laporan media di UK, gaji pengurus dan pemain United akan dipotong sebanyak 25 peratus yang mana polisi ini sudah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pemain.

Baca Juga:

Bruno Fernandes tidak gembira dengan pemotongan gaji kerana dia telah menjadi salah seorang pemain tengah terbaik di eropah sejak menyertai United.

Manchester United
FILE PHOTO: Soccer Football – Premier League – Manchester United v Newcastle United – Old Trafford, Manchester, Britain – May 15, 2024 Manchester United’s Bruno Fernandes celebrates after Rasmus Hojlund scores their third goal REUTERS/Molly Darlington/File Photo

Casemiro akan menjadi pemain dengan potongan terbesar pada gaji yang diterimanya iaitu £350,000 setiap minggu. Pemain Brazil itu akan dipotong gaji mingguannya sebanyak £97 Ribu, meninggalkannya dengan £262,500 setiap minggu.

Marcus Rashford menrima gaji mingguan sebanyak £300 Ribu dan akan dipotong menjadi £225 Ribu manakala kapten kelab iaitu Bruno akan menerima £180 Ribu seminggu.

Raphael Varane memperoleh pendapatan sebanyak £340,000 seminggu dan beliau bakal meninggalkan pasukan ekoran tamat kontrak manakala Anthony Martial (£250,000) turut meninggalkan kelab itu

Pengurus pasukan, Erik ten Hag pula akan menerima gaji sebanyak £6.75 Juta setahun berbanding £9 Juta ketika beliau menandatangani kontrak pada musim lalu. Masa depan pengurus kelahiran Belanda itu juga belum terjamin ekoran prestasi teruk yang dialami oleh kelab.

Langkah pemotongan gaji ini akan menyaksikan kelab berjaya mengurangkan bil gaji hampir £600k setiap minggu.

Manchester United masih mampu untuk melayakkan diri ke Liga Europa dengan menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA, tetapi jika mereka gagal mara ke mana mana pertandingan Eropah, ia akan membawa kesan kewangan yang teruk kepada kelab itu.

Polisi pemotongan gaji 25% jika gagal ke UCL ini sudah diamalkan sejak era Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus lagi.